Monday, December 28, 2009

Pementasan DUNIA



PENTAS UNTUK MEMBERI





Hampir sebulan yg lepas.saya,zaim dan atiqah mendapat satu amanat yang kami perlu laksana dan jayakan demi mencapai erti kebahagiaan dalam memberi. Itulah awal mula rangka kerja Camp back to school Orang Asli serendah Rawang. Dengan permulaan budget di bawah par 0,kami mengorak langkah membuat kertas kerja dan modul yg signifikan untuk anak2 orang Asli. Dengan segala kudrat kami mengerah keringat. Perjalanan yang begitu sukar tapi manis dirasa. Kerja kami diteruskan dengan skill Panjat memanjat bangunan2 kerajaan,swasta,korporat dan persendirian untuk mendapat peruntukan bagi anak2 kecil ini.


Namun cabaran dan dugaan datang seiring usaha. Sungguh sukar untuk meneruskan perjuangan dengan semangat MAHU tetap mengatasi MAMPU..kerana itu prog terus diperjuang. Ditambah lagi dengan sokongan penuh galakan Ust MAHADI,ABAH dan k.LIZA menaikkan semangat dengan kata2 motivasi mereka.
Dengan peruntukan yang terlalu sedikit .penggunaannya digunakan semanfaat mungkin dan jauh sekali dari pembaziran dan memenuhi keperluan anak2 orang Asli..kami berserah pada Dia yg maha Mmberi Rezeki. Trnyata benar Allah maha kasih..maha sayang hambaNya..di saat Akhir kami dibantu dengan insan-insan mulia dan prihatin. Kami dibantu Exco Kerajaan negeri,Pekawanis,JHEOA,JAKIM .datang rakan2 sebagai fasilitator, Allah memudahkan segala urusan kami sehinggalah program berlangsung.


PENTAS PRIHATIN DAN SAKSAMA





Camp Back to school adalah camp yang dilaksana untuk mengatasi masalah ketidakhadiran anak2 orang Asli ke sekolah akhirnya mnyebabkn gejala sosial,mabuk,seks bebas menghantui mereka seawal umur begitu kecil. Soal agama? 21tiada agama,23 kristian dan 6 islam.soal bangsa? Mereka adalah orang Asli suku kaum Temuan. Bahasa pun mudah sedikit difahami dan terkenal dengan tarian sewang.


Peserta(anak2 orang Asli) seramai 60 orang(termasuk peserta luar) dengan peserta termuda berumur 8 tahun dan yang tertua 18thun. Menyukarkan kami kerana jurang yang cukup besar. namun apa yang kami kagum adalah mereka tiada langsung sifat ego (senioriti)dan itulah yg mmbantu memudahkan modul kami. Kami gelar mereka LASKAR PELANGI. Kerana sifat dan situasi mereka sama seperti lintang,kucai,boy, dan yg lain2. Walau senakal atau seAKTIF manapun..adik2 peserta sangat patuh pada arahan kami. Dan yang paling penting hbgn kami seperti adik beradik,sangat kasih dan sayang menyayang antara satu sama lain,. Mereka menginginkan seseorang menceritakan tentang ilmu,tentang dunia,tentang baik dan buruk,tentang kebenaran, dan mengajarkan bagaiman cara hidup yang sempurna. Adik2 peserta merupakan anak2 pintar yang kebanyakan kacukan dari sabah.

Temanku..adik2 ini sudah diberi peruntukan percuma belajar dan menginap di asrama, dah dipermudahkan untuk menuntut ilmu. Cuma ada sesuatu yang kurang diberi oleh umat manusia kalakian.itulah kasih sayang jarang sekali Peluk,belai,usap,sisih rambut adik2 dan pandu MAHU mereka.
Kami Protraining tidak datang dan pergi. Insyallah dengan izin maha kuasa kami akan menyusun program sepanjang tahun 2010 untuk anak2 orang Asli dan insyallah seterusnya sehinggalah mereka menjadi manusia hebat.

Tuesday, December 22, 2009

who am i,who are u,who we are?

aku adalah aku

ko bkn aku

kamu bkn aku

anda bkn aku

awak pn bkn aku

sbb

aku adalah saya

saya ada sorg je

sbb saya sorg r

saya knal dan x knal anda

anda knal aku ke???

aku pn x tau

aku adalah sorg hamba abdi

bagaimana kamu?

sudi kamu knal aku dan saya?

kawan dgn saya..?

aku hamba yg mncari2

cari sapa yaa?

anda?ko?kamu?awak?

ntah

aku ini tiada apa2 yg ada iya itu yg 1 itu...

yg maha Memiliki itu...

aku kan miliknya

kamu sama spt akukan?

ko juga...tp

sapa ya aku ini mahu dibanding sama kamu

disuruh ya malas skali nurut arahan kerja

mungkin perlu lebih rajin aku ini...

saya kerja dan harap dunia

sapa yg memiliki aku sebenarnya???

aku bingung

anda juga?

dunia atau Dia???

sudah tentu Dia...

kerana dunia jua dimiliki oleh Dia

kan gitu....

tulisan karya indah ini adalah petikan dari info Facebook seorang teman klik disini yang dikenali...mendapatkan hidayah di UITM JOHOR..kuasa Allah..kehendak Allah..insyallah membuka mata hati melihat dan menjawab pertanyaan sebenar,siapa kita? siapa kau? dan siapa aku?

Friday, December 11, 2009

Mahu VS MAMPU


Salam Satu Malaysia..salam perjuangan sahabat di medan perjuangan..salam pertalian darah pada saudara sesama islam dan bukan islam..kita bersaudara..entry pada kali ini agak pendek dan menyusul dengan tajuk2 lain..dicoret pada lembaran maya ini bukan pada ilmu yang ku dapat tapi pada pengalaman yang dirasa,dijelajah dan diteroka rimbaNya..mana mungkin kita kan dapat dlm buku kaku.
Hari ini kita akan menyaksikan satu perlawanan hebat..mungkin agaknya perlawanan persahabat kerana hubungan nya sangat rapat ibarat isi dan kuku..itulah dia kisah BADAN dan HATI..badan itu gagah perkasa..pada lengan dan susuk tubuh sasa terpancar kekuatannya..bila disuruh mengangkat batu yang besar dia MAMPU melakukan..kerana dia sungguh hebat..tapi HATI mengambil tempat mengalahkan BADAN..hati dengan mudah mengatakan ‘malas lah’ kepada BADAN..dan BADAN yang gagah perkasa tunduk pada hati..yang tidak ada rupa kekuatan..siapa lagi kuat..MAHU atau MAMPU..
Kisah yang kedua adalah kisah seorang nenek yang kian berumur malah membongkok..berjalan bersama-sama cucunya..satu peristiwa yang tidak didamba berlaku sebuah motosikal menghipap cucu tadi..nenek dengan kekuatan Cuma sedikit mampu mengangkat motor dan menyelamatkan cucunya..nenek tadi dibantu kekuatan HATI..kekuatan MAHU..tidak mengira MAMPU…
Kuatkan Iradah,kehendak,nafsu pada jalan yang bentul pandu sebaiknya..selamat mencuba..

Friday, December 4, 2009

Camp 'BACK TO SCHOOL'



Dengan nama Allah yang maha kasih,maha sayang hamba2nya..
salam buat teman-teman seperjuangan di mendan jihad,seangkatan di persada ilmuan..saudara mara dan keluarga tercinta.


anak-anak muda orang Asli menghadapi krisis ilmu yang sangat membimbangkan buat mereka yang peduli.ponteng sekolah,sosialisasi dan hidonisme yang lebih dahulu sampai kepada generasi muda kalakian.

Sekolah merupakan pangkalan ilmu sebelum mereka terbang ke persada ilmu yang lebih tinggi membawa mereka kembali itulah.kami menetapkan modul yang sesuai khas untuk generasimuda orang kita (orang ASLI).

Darul Fitrah service centre Bersama Protraining resources & consultancy terpanggil membuat kerja amal.tanpa berasaskan keuntungan dan perniagaan.dana untuk kekuatan program bergantung kepada sumbangan ikhlas badan-badan kerajaan,NGO,GLC,badan-badan Korporat dan persendirian.

Sehubungan itu, mohon belas ihsan dari pihak teman,sahabat,saudara yang peduli untuk memberi sumbangan yang akan disalurkan kepada orang asli ketika program tersebut. Sumbangan yang diperlukan boleh disalurkan dalam bentuk wang atau barangan keperluan harian(eg:beras,susu, pakaian,dsb) atau alatan persekolahan(eg:beg,alat tulis,buku,pakaian).
Sekiranya Pihak tuan ingin menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan medium saluran bagi memudahkan kesulitan bagi pihak tuan kelak. Oleh itu,pihak tuan boleh berbuat demikian melalui
no.akaun bank : BIMB 12038010067123
No.10B tingkat 2,blok 4, Worlwide business centre,Seksyen 13,40850,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi
Cik Nur’Atiqah Norhalim(0139695874)
Muhammad Nabil bin Norhalim (0134664818)

Wednesday, November 25, 2009

KORBAN CINTA=BAHAGIA


salam 1malaysia..salam 165 salam pengorbanan..pada pembaca sekalian..sudah menjadi hakiki bahkan fitrah manusia sekalipun inginkan sesuatu.pasti ada yang menarik perhatian seseorang manusia untuk menjamah kekayaan dan limpahan nikmat dunia pastinya..kita merasa ingin sekali mengambil yang ditangan orang lain sedang ditangan kita sudah memadai untuk kita..itulah besar kuasa nafsu..keinginan dan kehendak sentiasa membatasi kemampuan. Rm50 terasa tidak cukup dan kecil..kalau boleh nilai yang berada dalam seluk dompet ini perlu bertambah kata hati kecil. Kita ikuti kisah ini.

Ketika solat jumaat di masjid. Masjid apa pun dimana pun pasti ada tabung yang berjalan dari jemaah ini ke jemaah seterusnya.tabung berjalan bukan ingin memungut harta tapi ingin memungut keikhlasan itu yg pasti.baiklah..ada saat nya sedang seorang makmum mendongak kepala mendengar khutbah menyedari perjalanan tabung tadi hampir kepadanya..dengan perlahan2 dia menurunkan kepalanya seperti khusyuk membiarkan tabung itu melintas sahaja dihadapannya..ada juga bila tabung itu sampai kepadanya menyelak dompet mencari nilai paling kecil..ya wang rm1.mungkin itu kebiasaannya..ada juga yang terlepas memberi rm50 minta balik dengan kiai masjid..itulah karenah di masjid..mungkin wang menjadi ukuran..ya kita memerlukan lebih dari orang lain…ada yang kata cukup lah ini untukku..

Yang ditangan kita pasti merasa sempit dan tidak cukup..itulah keterbatasan nya..ada yang membelenggu kebebasan hati dari merasa cukup dan senang..bahagia itu ada tiga..bahagia yang pertama ialah bila kita menerima sesuatu barang atau hadiah..itulah physical happiness bahagia yang kedua bila kita bahagia menerima pujian sapaan dan sebagainya yang menyentuh emosi kita..bahagia itu dinamakan emotional happiness dan bahagia yang ketiga ialah spiritual happiness.. itulah titik bahagia yang paling tinggi melangkaui yang dua tadi. Itulah bahagia bila kita memberi tidak meminta dan mengharap..saya bg contoh kita memberi salam dan senyum dengan ikhlas nya kita sedang memberi tapi jika ada cetusan hati mengharap salam dan senyuman tadi dibalas rasa bahagia itu serta merta hilang..memberi biar seikhlasnya..tiada satu pun di dunia ini milik kita abadi.semua nya kembali hanya padaNya..berkorbanlah..sembelihlah cintamu kepada dunia,harta,pangkat,darjat dan kesenangan yang melebihi cintamu kepada tuhanmu..dialah yang maha memberi lagi maha mengasihani..

Monday, November 16, 2009

video pembuat jejak

salam sahabat mata pena maya..ayuh saksi bersama video saudara dari seberang moga membakar jiwa rasa semua insyallah..nyatakan mimpimu..tuliskan kerana ia akan menjadi nyata..jangan biar ia dalam ingatan..kelak kan hilang hanya sebagai igauan..
sahabatku kau mencipta jejakmu sendiri..Allah merencana padamu kebaikan untukmu..

Sunday, October 25, 2009

final exam dan rahmat ujian.


Salam ehsan iman dan islam..teman-teman seperjuangan..menjelang waktu sukar dan genting..matlamat teman-teman jelas kelihatan..ingin menempah result yang cemerlang..bangun seawal subuh..tidur selewat bulan yang pergi..sungguh kita sama..satu rasa dan perjuangan..satu nama dan kedudukan…kita student..pelajar yang menuntut diajar dan dididik..usaha yang kita lalui sepanjang semester diranjaui dengan ujian dan cubaan..matlamat itu pun jelas..mahu peratusan permakahan untuk carry mark..namun sering kita lupa..sama-sama kita zikir dan fikir..matlamat kita jauh tersasar..ibaratkan kita sedang memanah..di tangan kita busar nya..di jari kita anak panahnya..jauh dihadapan kita itu papan sasaran…masing-masing ingin menuju yang ditengah..tapi ramai yang tersasar ke bahagian tepi atau menyimpang jauh dari sasaran..kerana apa? Ramai diantara kita yang mensasarkan matlamat yang sama..tapi sasaran itu bukan berada di tengah..sasaran itu berasa di sisi lingkungan kedua atau ketiga..itu lah sasaran pointer atau markah atau grade yang tinggi..di himpun kan sekali kesemua nya dan berhasil seseorang itu mendapat DEAN LIST..sememangnya itu yang dituju rakan-rakan seperjuangan..kalau itu bukan sasaran yang sepatutnya..yang dtengah itu apa?..yang jarang mendapat perhatian dan pandangan teman..yang itu yang dituju..pada mula..tapi bukan itu hasilnya..itulah SYAHADAHMU...matlamat sebenar perjuangan mu ingin mendapat pointer atau keredhaanNYa? Pasti kau menjawab kedua-dua nya sekali…ramai atau tidak teman2 bangun seawal 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran..sedang itu waktu sepertiga malam,waktu bangunnya para kekasih Allah sujud menyembah Allah..tapi kita lupa untuk bertahajud sebentar pada yang ESA..yang milik kemenangan..di situ anak panah kita sudah mula tersasar..niat kita ingin kemenangan..juara itu yang ingin dicapai bangun seawal manapun..tidur selewat manapun kita sanggup..”apa kau pasti yang menang itu MULIA…atau kau benar pasti yang kalah itu HINA” Allah maha milik kemenangan..bukan juaramu yang dipinta…tapi usahamu yang mulia..kebergantungan kamu pada dia..biar kamu kalah tapi kamu mulia pada dia..kamu juara pada nya..sedang orang mengangkat segulung anugerah.kau menerima keredhaan Allah..kasih Allah..nah temanku..yang mana lebih berharga..untuk yang kurang Berjaya..jangan gusar dan bimbang usahamu itu dihitung..kau sudahpun juara dengan usahamu yang mulia..pada yang Berjaya.jadikan ketinggian ilmu kerendahan hati..bukan kamu yang maha tahu..bukan kamu yang maha juara..gapailah kejayaanmu..tegapkan matlamatmu.hanya untuk dia yang SATU…

perjuangan kita bukan seperti di sana..peluru-peluru yg membedil musuh-musuh yg dibencimu..perjuangan kita tidak berlindung dari hujan yg membunuh..tidak pula dalam ketakutan…diburu oleh musuhmu..tapi perjuangan kita hanya bersenjatakan pen,pensil dan kertas…Doamu pada ilahi menguatkan dirimu..ikhlasmu hanya pada ilahi..kerana kita berjuang dalam menuntut ilmu.Ilmuwan islam..mencari sudut pelapis..mencari cebis2 umat yg menjamah kelazatan ilmu…nah…dikau la insan yang memenuhi ilmu islam dalam persada Dunia..tebarkan sayap ilmumu keseluruh dunia..moga islam terus tegak..moga umat manusia tidak layu dari berjuang..moga dengan ilmu yang sedikit ini membedil kezaliman dunia..dengan Senjata Doa pada Ilahi..SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEM 09/10.

Salam mujahadah pada semua…kau wakil ALLAH terhebat muka bumi..

Thursday, October 1, 2009

Salam Aidul Fitri



Salam teman-teman sekalian..mungkin terlewat kiranya mengutus Entry hari raya..salam aidul fitri sejahtera keatas umat islamkemenangan kembali kepada fitrah..sebulan di universiti ramadhan habis terawikh buat taddarus usai taddarus ada pula qiammulail nya…begitu usaha-usaha pelajar-pelajar di universiti ramadhan yang menginginkan segulung sarjana Syawal..begitu indah mengangkat segulung sarjana syawal di pentas Konvo dunia lagi..begitu nikmat rasanya..apatah lagi yang beruntung menemukan lailatul qadar lagi hebat rasanya…begitu ALLAH mendidik hamba-hambanya..begitu ALLAH sayang pada hambanya…dengan sepenuh rasa…saya memohon maaf lahir batin..yang lahir dari hati mu kebencian terhadap perbuatan,kata2,pergerakan wajah dsb..ampun kan daku..insan dhaif lagi hina..yang tiada harga langsung disisiNya…

Wednesday, September 16, 2009

berUSAHA vs JUARA


Salam sahabat-sahabat pembaca tulisan mata pena maya..salam penghujung ramadhan..begitu cepat rasanya berjumpa ramadhan..bersahabat dengan ramadhan...sehingga terasa nikmat juara di syawal…Untuk juara kita perlu usaha…namun ada yang juara tanpa usaha…ada juga berusaha namun sukar mendapat kan juara (kemenangan)..ibaratkan yang mudah…kita mahu pointer yang tinggi..4.5 kalau boleh…semua orang mahukan pointer yang tinggi..mahu dilihat Berjaya..’kau insan bijak..kau insan pintar…kau yang paling hebat’..itu yang seringkali kita mahu dengar dari mulut-mulut sahabat…Ah bangga nya aku…matlamat nya sama..4.5..tapi ada atau tidak antara yang mahu markah yang tinggi itu meniru dalam ujian..percubaan…quiz…tapi dia tetap beroleh markah yang tinggi..sedangkan sahabat yang lain sibuk study sehabis mungkin…sekuat tenaga…secekap-cekap nya masa diurus untuk belajar..namun diuji Allah..x mendapat markah yang tinggi..persoalan nya…Siapa yang dilihat ALLAH? Yang JUARA..atau yang BERUSAHA?...Allah itu miliki kemenangan..

Datang ramadhan yang dinanti…tapi tak dirai..ramadhan datang dianggap bulan ujian dan cobaan…tidak pernah sekali merasa ingin meraikan ramadhan…tarawikh itu semacam tuntutan...dimana nikmat nya..? aku bersyahadah..lafazku dibibir sahaja…aku solat…tapi solatku tidak khusyuk..aku bermain2 menyembah ya rabbi tuhan yang mencipta aku..yang mencipta udara untuk ku bernafas..mencipta bumi untuk ku berdiri..aku berpuasa..hanya sekadar menahan lapar dan dahaga..puasaku tidak menghalang nafsuku…sekali lagi aku bangga..bongkak dhadapanmu..ya rabbul izzati…aku membayar zakat..hanya sekadar wang ringgit..namun tiada belas kasihan terhadap yang x terdaya..hartaku melimpah berbuka sahaja di hotel mewah…x pernah ku gusar..hidup anak2 kecil yang lebih memerlukan..Ahh..setakat Rm7 itu ucapanku..Astagfirullah!!…aku kufur nikmatmu…engkau yang maha kaya..engkau yang maha memberi kekayaan…tunaikan haji..jelajah dunia itu aku dahulukan…aku bangga..aku sombong…sedang umat islam bertawaf,sa’ie..aku di paris..aku di England..bersama2 duniamu yang sementara….

Renungkanlah sahabat dimana USAHA yang kita rai…JUARA apa yang kita tagih…berUSAHA lah dimuka bumi..jadilah yang JUARA di hadapan ilahi..Syurga jannah itu matlamat mu…

Tuesday, September 1, 2009

Air dan Bekasnya...


sebelum ramadhan datang...
aku menghayati kata2 penulis lalu ku sampaikan kepada seorang sahabat melalui SMS..

"ilmu itu ibarat air yang datang dari tempat yang paling tinggi (hormat,sanjung,darjat) ia mengalir ke tempat yang paling bawah(hati yang merendah diri)..sehingga terhasil satu takungan air..untuk umat manusia (memberi) jua bekalan menuju ilahi.."

asyraf: ana tak layak le...
nak di title kan ustaz pun segan

nabil: huhu...insyallah...dunia bukan macam dulu..ingat takungan air..ingat lagi siapa yang dahaga...

asyraf: ya...dunia bukan macam dulu lagi, tapi akhirat tetap sama....air kan tetap bertakung, selagi bekas takungan masih utuh, yang dahaga perlu menghargai dan menjaga bekas takungan supaya tetap utuh...dengan itu yang dahaga tidak selamanya dahaga...

nabil: ana khuatir bekas cuma beberapa dan tinggal beberapa...air itu ditakung oleh bekas yang meracuni air..dan si pendahaga..belajar menghargai..mungkin lebih senang dari belajar memberi...hidup dengan kehidupan...

asyraf: bekas berkualiti memang tak berapa bukan tak seberapa...itulahlah hakikat sejak dari dulu lagi...biarpun banyak bekas pada satu2 masa...tapi bekas yang bersih boleh dikira...menjadi adat benda yang baik akan menjadi rebutan...usah dikhuatiri akn bekas kerana air yang ditakung datangnya dari Illahi...

"ulama yang mempunyai mata hati berkata...dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur...manusia luar biasa kadang-kadang gelanggangnya sekangkang kera..namun peranannya seluas maya pada..adakala pangkat mereka sekadar kuli biasa...namun jasanya mengatasi hartawan,bangsawan n sarjana.." -Pahrol Mohd Juoi-

Wednesday, August 19, 2009

Wanita , kebebasan & Islam


Antara lelaki dan wanita..siapa pelindung dan siapa yang dilindungi..jawapannya tentunya lelaki sifat lelaki itu melindungi,gagah perkasa..pemimpin yang menjaga rakyat..tentu sekali..para rasul juga dikalangan lelaki…dengan tidak menafikan peranan lelaki.namun cuba kita renungkan kembali..semasa lelaki itu di rahim ibunya..siapa yang melindung dan siapa yang dilindungi…di alam perkahwinan lelaki itu tetap menjadi seorang pelindung..cuba kita lihat seorang isteri menjadi pelindung kepada suaminya dari perbuatan zina,fitnah dan sbgnya..nah wanita juga seorang pelindung dan lelaki adakalanya dilindungi..Allah itu maha adil..malangnya..ramai wanita yang tidak rela menjadi pelindung(menggugurkan kandungan)..tidak mahu juga dilindungi (dari maruah.aurat.pernikahan)..aku teringat kisah di zaman Rasullullah..di saat wanita dilacurkan..di saat anak2 perempuan di tanam hidup2..di saat martabat wanita itu sehina-hina manusia….di saat itu lah islam memuliakan mu..di saat itu rasul Allah berlari-lari anak bersama humaira…bersenda gurau…wahai wanita..Islam memuliakan mu..xpernah kah terlintas di fikiranmu..memuliakan islam seperananmu?

Saturday, June 13, 2009

Puisi buat Sahabat



aku sekadar di tepian pantai..
tanpa ku tahu luasnya lautan..
aku melihat cantiknya ombak..
tanpa ku tahu hebatnya badai…

aku sekadar melihat tanpa merasa..
Pinggir lautan terhampar panjang. 
putih pasir berkaca indah. 
langsung dibuai fikir apa yang ada
dihujungnya lautan.

hadir dirimu sahabat. 
menjawab pertanyaan fikirku. 
baru ku tahu ertinya pantai dari lautan.
namun hadirmu sekilas senjakala
Tak pernah ku rasa begitu lama..

Mimpi kita tetap sama. 
Sejarah takkan boleh diubah..
tapi ia masih boleh dicipta…

 MELANGKAH, BIARLAH IA YANG PERTAMA…
LANGKAHAN PERTAMA, BIARLAH IA MENJADI SEJARAH…
ANGIN PERUBAHAN, JANGAN KAU JADIKANNYA RIBUT…
BIAR IA MEMBELAI HALUS RERUMPUTAN..
JANGAN IA MUSNAHKAN BEBATUAN..

Tuesday, June 2, 2009

Perempuan berkalung serban




“Kata Annida-Bebas itu kata yg mudah diucapkan tapi sulit untuk dipraktikkan..maka setiap ia terbangun dipagi hari..dia selalu bertanya apa itu bebas..mungkin kebebasan itu seperti udara yg dihirupnya…dan matahari yg menerpanya setiap pagi…membuatnya merasa seperti manusia…atau kebebasan ertinya cinta…sayang nya senja selalu datang lebih awal dari hari-hari annida..dan hingga annida menutup matanya kembali,..dia belum menemukan jawapan bagi pertanyaannya pagi tadi…apa itu bebas?”



Senjakala untuk Annida..Hasil tulisan Annisa’ watak utama dalam ceritera perempuan berkalung serban..motif nya jelas…kebebasan wanita…apa itu bebas…annisa’(Revalina s Temat) merupakan wanita yg tabah..memberontak,agresif..pernah skali diucapkan bahawa islam itu tidak adil terhadap wanita..kerna terbentuk nya persepsi masyarakat pada ketika itu..di pesantren pada tahun 1985..persepsi masyarakat pada ketika itu..wanita tidak boleh menunggang kuda..memimpin…hujah-hujah annisa’ juga hebat…bila kiyai(ayahnya) marah annisa’ menunggang kuda..maka dia menyebut..sedangkan aisyah isteri nabi juga menunggang kuda..perjuangan annisa’ membawa pengertian sebenar kebebasan wanita membawa satu transformasi di dunia kini..

Islam lah satu-satu agama yang paling sempurna aqidah nya,fiqh ny perundangan dan sahsiah nya..islam jua lah yg mengangkat martabat wanita ketika mana di zaman jahiliah wanita sebagai hamba,dianggap hina..namun disisi islam..wanita bahagia dan mulia..kebebasan yg dicari wanita..kehidupan keluarga yg sakinah…kecintaan yg agung…hanya senya kepada Allah taala..
kepada yang belum nonton..ayuh nonton yuk...download kt www.syok.org..selebihnyee..ehemm..pikirlah sendiri...bakal nyusul..filem ketika cinta bertasbih..adaptasi dari novel Habiburrahman El-Shirazy..satu-satunya lakon layar di mesir...

selamat menonton..moga2 diterima yg bek intipatinya..sekian wassalam...


Sunday, May 10, 2009

kembara di GUA TEMPURUNG


huhu..alalala..manje nyer..suapkan abg yer..hmm nie lah hasil kte create keluarga kt sana..moga kenangan ini berterusan...



satu pengembaraan yg penuh bermakna...huhu..indah sungguh ciptaan tuhan..batu2 yg keras pun terbentuk dengan teguran air yg lembut...

selps 2jam rse tiupan angin..bahang mentari dunia...huhu..tapi ini bukan penghujung perjalanan...masih ade lagi 1600 anak tangga perlu ditapaki..

terimakasih MPP ..dapat kita create bond each other..hope student enjoy ngn program ni..mmg xde LDK tapi kita masak sama2..ada family kt sana...ada ayah mak..anak2..makan nasi ambeng..hehehe...thanks jugak kt kaum hawa nie..masak nasi x hangit..hehe..

hari-hari adalah hari UMMI...


teringat bila sibuk dalam radio,kaca tv...hari keraian untuk ibu..huhu..rindu nyer kat ummi..tapi sejauh mana kasih kita kat ibu..mungkin sampai 10/5 jer...dalam islam..tiap hari adalah hari ummi..dalam solat kita dalam doa kite..kite mohon kesejahteraan mereka..keselamtan mereka..jadi hari-hari adalah hari untuk ummi...hari untuk abah..saaayang UMMI...

Sunday, April 26, 2009

Selamat Hari Lahir UMMI....


Ku rangkapkan syair rindu buatmu..ku jadikan lagu buat ku dengdangkan untukmu ummi tanda kasihku tetap satu..semerdu nya buluh perindu tidak semerdu suara kasihmu yang pernah dulu mendodoikan daku..dalam dakapan hikmahmu.
pernah dulu kau bermadah. Berpeganglah pada tali Allah...jalan yg gelap nanti tersuluh segala yg susah kan jadi mudah.Kata mu bila iman memenangi jiwa..akan tertutupla lubang dosa. berwaspada dan jangan alpa..sesungguhnya syaitan menanti masa... Madahmu Hadirkanlah hatimu dengan ketaqwaan siramilah ia dengan kemuliaan apa yg baik jadikan amalan moga engkau dicintai tuhan.
wahai ummi ..berkat usahamu yg tulus murni kini tertanam iman yg suci disanubariku berbunga wangi bakal menghiasi taman yang abadi.
Memancar sang suria menyinari cahayanya…begitu lah berseri wajah ummiku sayang…segala keringat mu ku terasa namun zahirnya kau tetap lemparkn senyuman..
Ummi..seandainya diri ini penah melukakan hatimu..maafkanlah anakmu..setiap hembusan nafasmu terasa sesak..biarlah hidup yg secebis ini tempat ku melontarkan sayang padamu..tempat ku bergantung..pada redhamu..SELAMAT HARI LAHIR UMMI.

Friday, April 17, 2009

AlGEBRA-1st MALAYSIAN NASYID BAND



Huuhh..nasyid pun ada band ker..xkan ade guitarist,drummer,bass vokalis..ini sungguh power..tapi itulah hakikat nya algebra suatu nama yg agak sinonim degan pembawakan dakwah islam zaman mutakhir ini..bila tengok jer kulit album macam x caye…pakai serban tapi main gitar..hmmm..tapi alhamdulilah lagu2 nya berbentuk kemanusiaan kerohanian. .dan kesemuanya lagu2 yg didendangkan adalah nukilan DR MAZA kita bekas mufti perlis…DR Mohd Asri Zainul Abiddin..antara lagu2 yg dimainkan..
1. Aku bukan musuh harta
2. Itulah politik namanya (puisi)
3. Aku rela
4. Derita hati seorang bonda
5. Suara tajdid kami
6. Yang benar tetap benar
7. Islam di china
8. Daerah ini

penampilan istimewa daripada dakmie(barongan),aisyah dan kopratasa.. Algebra turut dianggotai Nur Mohd. Alieff Ayub (drummer), Raja Mohd. Farhan Raja Shaifulzaman (keyboard), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir (guitarist) dan Mohd. Hafiedz Samsuri (percussion)dan Ahnaf Jamal sebagai vokalis.

Tuesday, March 31, 2009

AKU MULA MEMBACA


Alif ba ta duniaku,..mesti ada yg tertanya2 apa yg nabil nk bawa ni..br mengeja ke..hehe..ke br kenal huruf sian nya die..hehe..hmm..sebenarnya begini.kalau kte salami maksud ayat tau huruf abjad tu kte dapat tau itulah huruf pertama2 skali kite jumpe bile buka kita IQRA’…itulah permulaan ilmu kita..permulaan bacaan kita..bila mata melihat lidah mula bermain bunyi dan irama satu irama satu maksud yg tersendiri.setiap bait2 huruf ada perbezaan ny tersendiri..kadang2 kita lupa selepas ج apa ye? Sebab mungkin kita berhenti dari membaca..mungkin kita leka dengn langit DUNIA..akhirnya irama yg indah ini terhenti..bait itu mula menyepi..kita hilang minat membaca..kita leka tatkala irama2 asing melingkari fikiran anak2 muda..sahabat2 sekalian..kadang2 irama itu begitu jahat menjauhkan kita dengan irama yg indah namun tidak kedegran lagi huruf ج ح..ada yg terhenti sehingga ت ..begitu lah kehidupan kita..lahir di bumi ini dgn tubuh yg kudus..kita mula mengenal ilmu..kita mula membaca IQRA’ sehingga KITAB FURQAN..daripada ABC kita kenal dunia mantik..dunia sains..dunia ekonomi dan sebagainy..namun saban hari ramai yg leka dengan muzik yg indah namun racun dunia pemikiran remaja..kini makin sayup irama kalimah ALLAH didendangkan..bila dengar jer..suara nya menjadi garau..kejap2 nafasnya terhenti…kerna kini…ti ada lagi suara2 muda,yang deras dan kuat..yg tinggal hanya tubuh yg lemah ini..hanya mereka..mereka yg berumur..menghampiri seabad..pernah kah kita ingat SIAPA kita di dunia ini..kita la remaja..kita lah wakil DUNIA..kitalah PEMIMPIN dunia..kita juga mungkin PEROSAK bangsa..kerana ALIF BA TA..kerana A B C..kerana 1 2 3..kita x pernah hayati..hebatnya imu..indahnya ILMU..IRAMAnya lunak bila kita berbicara tentangnya..indahkan?? renung2kan dan selamat beramal..

Monday, March 30, 2009

TERATAK KECIL INI MAHLIGAI KEBAHAGIAAN


Salam..abah.ummi..kak long,k.yang..amah..salam,islah..xdapat abg gmbr kn betapa abg merindui istana bahagia..teratak yg sekecil inilah yg membahgiakan kita..agama islam sebagai pegangan hidup kita..pernah dulu..sewaktu kecil ku merajuk..dimarahi olehmu..kadang2 aku dirotan..dipukul..tapi bila kembali teringat diminda..aku tergelak..seandainya ak x dipukul,seandainya aku x dimarahi..xkan aku jejaki kejayaan..kini teratak kecil itu semakin jauh…bukan kerana jarak nya yang terlalu jauh..tapi sebab masa yg meninggalkn ku..Ak rindu pada mahligai kebahagiaan..ak rindu pada adik2 tersayang..pada Akak yg seorang..pada Abah dan Ummi yang satu dalam hidupku..Cuma satu..ingin sekali ku peluk cium nya..ingin sekali rasa rindu dan kasih diluahkan kpdny..namun diri ini jauh..mungkin rangkaian teknologi yang kian pesat memotong jarakku..ku masih sayup mendengar suara ummiku..masih deras kedengaran suara Abah…semoga ak dapat berjasa kepada ny..YA ALLAH ampunkan DOSA ku,ampunkn dosa ibu ayahku..jadilah aku anak yg taat ibu dan ayah..anak yg soleh..abah..tidak pernah ku hitung prluh keringat di dahimu..ummi tidak pernah ku tya peritnya engkau menjagaku..aku Sombong dengan Duniaku..apa yg aku perjuangkn..apa yg aku cari…kalau bukan perjuangan ILMU kalau bukan kerdhaanmu yg ak cari..ak hanyut menungkah arus gelora..marahmu ummi abah bukan kebencian..tapi buktinya tanda sayang..pesanku pada diri ini ‘يمنع يخرج كما يدخل ’ jangan kamu dari university ini keluar seperti mana kamu masuk dahulu..SAAAAAYANG SEMUA>>

Monday, February 16, 2009

HIDUP PALESTINA!!!!!!!! HANCUR ISRAEL!!!!!!!!!!>>

LAILAHAILALLAH!!! ALLAHUAKBAR!!!!....HIDUP PALESTIN!!!! HANCUR ISRAEL!!!!! laungan semarak roh perjuangan yang mula mencabah dalam hati pejuang2..mujahid2 ALLAH...itulah semarak kekuatan mahasiswa di UDM...pada 6hb februari 2009 pada pukul 6.30 petang...perarakan menentang kekejaman zionis israel bergerak dari dataran pejabat asrama baru sehingga ke perkarangan masjid UDM...lebih kurang 130 mahasiswa dan mahasiswi hadir turun padang bersama2 berjihad...melaungkan kalam2 ALLAH...smoga laungan suara mahasiswa yang datang jauh dari sudut hati yang ikhlas sampai ke arash ALLAH...insyallah....terima kasih kepada EXCO KEBAJIKAN dan kerjasama daripada BKI,PMKI dan PUSAT ISLAM kerana menjayakan prog SAYANG PALESTIN BENCI ISRAEL..terima kasih kepada semua pemimpin salam pejuang saya ucapkan..support our leaders as long as they know their stand..