Tuesday, December 28, 2010

Rudy dan Sikat Gigi



Salam teman-teman, Pagi!!
hehe begitulah semangat keluarga ESQ apabila bertemu, keakrabannya bila sahaja bersemuka pasti akan bersalam semut, biarpun tidak dikenali, terasa kukuhnya islam apabila brsaudara, dan difahamkan juga ada lebih 250,000 keluarga alumni di jakarta yang mengalu-alukan alumni di malaysia untuk menginap di rumah mereka disana. Malaysia? bila lagi ya? hehehe, insyallah tiada masalah rasanya.



Rudy dan sikat gigi merupakan satu cerita tentang seorang insan bernama rudy yang pergi untuk di temuduga, sementara menunggu giliran si Rudy ini ke tandas, dan melihat singki tandas itu kotor, disampingnya ada sikat gigi (berus gigi) diambil berus gigi tersebut dan membersihkan singki tersebut, perlakuannya itu kbetulan dilihat oleh seorang lelaki yang juga berada di dalam tandas, ditanya kepada Rudy, "kamu kerja disini kah?" Rudy pun menjawab dengan ringkas "Tidak" .."lalu kenapa kamu membersihkan singki ini?" tanya si lelaki itu, Rudy pun menjawab, kerana Malaikat mencatit segala kebaikan ku..

Sesi temuduga pun berlangsung, dengan tidak disangka Rudy, Lelaki tersebut adalah penemuduga dan akhirnya kerana keikhlasan Rudy yg melakukan pekerjaan lebih dari gaji ataupun ganjaran dunia namun lebih kepada kebaikan hidup di akhirat nanti.



inilah program Amal dan direncanakan ESQ, kehadiran Pak Ary membuat renungan pagi dan kemudian aktiviti menanam pokok Mangga, sambil berselawat, kehadiran Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, YB Parlimen Shah Alam Khalid Samad, bekas Mufti Wilayah, bekas Mufti Kedah dan lain-lain.

Outdoor Summer Camp 2010



Alhamdulillah pada 24 & 25hb kami dan rakan-rakan fasilitator yang lain sempat melaksanakan satu modul Outdoor Summer Camp untuk anak-anak jalan kebun yakni kawasan zon 11 MBSA,



Adik-adik yang datang dari jurang umur yang sangat jauh dan latar belakang yg sangat berbeza menjadikan program ini satu cabaran besar. bagaimana mungkin kami berjaya menarik perhatian adik-adik yang pada usia remaja ini mahukan kebebabasan keseronokan, dan mencuba sesuatu yang baru.



Alhamdulillah berkat dan rahmat Allah. tanpa sebarang kaedah penekanan dan pendekatan berkasih sayang dan positive approching sedikit ssebanyak memungkinkan keberhasilannya namun masa 2 hari terlalu singkat untuk bersama-sama adik-adik 51 orang ini, baru ku kenal potensi diri dari kenakalan sifat lahiriah nya. semuanya adalah yg terbaik bagi diri mereka sendiri,.

siapalah saya apalah kejayaan tanpa kebersamaan, credit to team fasilitator Zaim, Azwad, Amierol Syah, Muzammil, Man dan kak Amy, kepada Murabbi Ust Mahadi dan juga kepada kak Liza. thank you.

Saturday, December 11, 2010

Jom Pancing

Pasti ada natijah disebalik kerendahan dan keikhlasan hati, saya diajak untuk melihat tapak kawasan kem di Kem Rimba Ulu tamu, duduk berbincang sambil minum-minum petang bersama dengan pengusaha kem, tuan Hj Othman, bila dicerita tentang kemudahan kem, ada kolam air panas, ada kolam ikan air tawar, boleh pancing kat situ, eh pancing? kami pun apa lagi terus meminta keizinan Hj utk mmancing, dapatlah kami pancing buluh yang dibuat sendiri dan bermulanya proses pencarian cacing untuk dijadikan umpan.



setelah setengah jam alhamdulilah dapat seekor ikan talapia merah, besar juga, sihat tubuhnya, 15 minit kemudian dapat lagi sekor, tapi yang ini lebih kecil
fajar pun kian menyinsing, itu tanda maghrib memanggil, dengan tuan Hj kami bersiap-siap untuk solat maghrib dan kemudian baru berfikir apa yg akan kita kerjakan terhadap ikan2 tersebut.



ketika malam diterangi bulan, kami meminta izin untuk pulang kerana ada urusan yang lain, dan sempat singgah di sebuah restoran Seafood, kami meminta ikan ini disiang dan dimasak sweet sour, mmmm segar sungguh isi ikan, manis rasa. menambah selera. itulah pengalaman pertama memancing ikan.

untuk berpengalaman dan beraktiviti boleh klik disini.

Monday, December 6, 2010

PELUDAH BAHASA

PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan desa-
insan harapan kerdip permata yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.

- A.SAMAD SAID