Wednesday, November 24, 2010

Manifesto Kerajaan Diri



pada kebiasaannya, dimana-mana jua perang pilihanraya pasti terngiang-ngiang di telinga para pengundi akan kata-kata ahli calon kawasan tersebut, kata-kata yang diucap tiap satunya digenggam sebagai janji yang perlu ditunaikan. itulah perwatakan manifesto di kacamata demokrasi kini.

ketika kita sibuk menabur janji pada yang lain, sibuk memeterai perjanjian bersama baik didalam perniagaan mahupun kehidupan, barangkali kita terlupa politik kita sendiri, ya, selain Kerajaan Malaysia, yang mahu dipertahankan,atau yang mahu di ambil alih hendaknya. ada kerajaan yang jauh lebih penting jauh lebih besar sifat dan peranannya, itulah Kerajaan Diri.



pernah saya bertanya kepada diri siapa yang memandu tubuh badan ini, ada yang jawab akal fikir (otak) yang serupa ibu kepada seluruh sistem dalam tubuh badan, tapi siapa yang memandu ibu komputer tersebut. jawabnya HATI..Hati yang selama ini bertakhta di kerajaan diri, kecerdasan intelektual, kecekapan kognitif, kecerdasan emotional hanya barisan menteri yang arif dan pakar-pakar kesemuanya. yang paling ghairah dan berani seperti kesatria di medan perang, itulah nafsu..yang seharusnya dijinakkan dan ditundukkan oleh hati.

ada piagam yang selama ini dtulis dan perlu dipaku sebagai perlembagaan dalam kerajaan diri, itulah dia manifestasi hidup kita, a.k.a Maqasid Syariah. lebih kepada tujuan hidup kita terbahagi kepada 5.

1.menjaga Agama :
SQ Spiritual commitment bring up a good behavior,

2.menjaga Akal :
berfikir kreatif dan kritis, inovatif, think global and glokal .

3.menjaga Nyawa & Diri :
Just Dont Let Urself Die, Keep Living, Keep Healthy n Clean.

4.Jaga Maruah, keturunan :
have a family, being a good husband or wife, a father or mother, a son or daughter.

5.Menjaga Harta :
get the money or propeties as mush as u can. with syariah as a guidance.

nota ini sekadar memperingati dan menetapkan kembali tjuan diri saya dan semoga memberi faedah kepada teman-teman yang lain, semoga kita menjadi manusia yang terarah hidupnya, bahagia insyallah.

Saturday, November 13, 2010

siaran TV percuma yang baru


ada bentuk media islam selama ini bertapak dan mendapat sokongan dan dokongan orang ramai, peratusan orang ramai yang mendengar IKIM.fm quiet high, walaupun x boleh nk setanding ERA dan HOT.fm apapun, memenuhi keperluan semasa, kita sekali lagi dihadiahkan awal november ini dengan adanya siaran TV islam, Al-Hijrah, memenuhi fitrah dan kehendak manusiawi dalam proses modenisasi tanpa membatasi syariah islam. insyallah moga-moga..kita doakan.

selamat menonton dan menyokong.

boleh mendapatkan maklumat frekuansi saluran di laman sesawang berikut, jangan ketinggalan untuk mendaftar sebagai ahli..

http://www.tvalhijrah.com/