Wednesday, March 17, 2010

blogging kembali..


dah lama rasanya x mengupdate blog kesayangan ku...hehe terasa berabad lamanya..itulah nk diceritakan, byk perkara perlu diselesaikan..dop dan nk nulih (bahasa ganu)..banyak peristiwa-peristiwa menarik xsempat nk dikongsi bersama dalam blog..nk update status pun dalam facebook je la..
insyallah selepas ini ANBU bersedia berkongsi pengalaman yang boleh dikongsi..xsemua kan?..hehe dan dari sudut pandangan,pertimbangan politik,student leaders pada siapa-siapa yang berminat lah yer..
Anbu jugak cuba ingin berkongsi segala ilmu yang ada,yang sikit ni...moga2 dengan berblogging ini dapat kita tukar2 ilmu nah...antara nya adalah software yang mudah guna, cerita tentang design,photographing,music yang baru2,maher zain ker?huhu tengah top la ni!!..and video yang interesting pasti mengusik kalbu,merundum jiwa..kalau boleh kita kritik2 membina filem2 tempatan ataupun luar...itupun pada sesiapa pengkritik full time filem..
untuk berbusiness,silakan boleh sahaja anbu tolong promotekan agar bantu membantu sesama kita..baiklah itu sahaja singkat2 ni..moga2 terjadi perkara-perkara yg anbu nukilkan di atas..moga2 dan insyallah..waallahualam...

Monday, March 8, 2010

mahasiswa sebagai sumber!!!



SUMBER
Sumber adalah punca segala-galanya. sumber adalah basement sebelum terbangunnya sebuah bangunan,bergeraknya sebuah kereta,mluncurnya sebuah jet pejuang.Ada banyak sumber dipandang kuasa2 besar di dunia kaya segala. sumber cari gali mungkin yg dipandang tinggi dunia masakini.hakikatnya sumber-sumber galian lama kelamaan akan haus dan kering. sumber-sumber ini tidak boleh diperbaharui seperti air dan sebagainya. manusia mula mencari sesuatu dan sesuatu supaya menampung kehendak survival mereka.

Malaysia..
negaraku yang tercinta..apa yang dimiliki Negara kita terlalu banyak, hasil minyak mentah yg berkualiti datang dari perairan malaysia.terengganu,kelantan sabah dan serawak..royalti dan wang ihsan itu nnti dahulu..mungkin itu juga terjadi kerana sumber yg satu lagi. Malaysia budayanya melayu..agamanya Islam..sifatnya perpaduan..berbagai kaum mmberikan negara kaya dengan budaya dan adat..
namun Malaysia akan jatuh miskin dan papa..kerana satu sumber semakin haus dan kering..pelik..kerana sumber ini haus jika x diguna baik tapi semakin bercambah bila diguna dgn baik.
itulah dia SUMBER MANUSIA..
bila menteri2 dan segala syarikat korporat mencari pelabur2 asing yg sudi melabur di negara kita malaysia segala pelawaan ditolak bulat hanya kerana SIKAP Malaysian yg malas,pesimis,tangguh kerja,budaya kerja yg tidak kondisi. Jepun marak maju kerana budaya hidup dan kerja sangat kompetitif kita sering mendengar seorang lelaki di jepun paling kurang mempunyai 2 kerja seharian..waktu kerja yg sangat dan produktiviti luar biasa.

MAHASISWA
Ada ramai golongan-golongan dan kumpulan manusia di Negara kita. Kerajaan Malaysia menghabiskan peruntukan yg banyak dalam bidang pendidikan kerana itu harapan Negara ,manusia berilmu dan terpelajar.MAHASISWA. mahasiswa bakal memimpin Negara,bakal mengurus asset dan ekonomi Negara. Itulah sumber manusia terbesar dalam Negara kita.
Mahasiswa cerminan Negara. Sumber Negara. Jumlah semakin hari semakin bertambah namun sikap dan cara fikir tetap dalam kerangka lama budaya selesa. Kelak Negara kita akan ketandusan sumber manusia menjana segala benda urusan dunia..

IKHTIAR
pengurusan sumber manusia,islam mengajar sekian lama 1400 tahun lampau. Ilmu pertama diajar Nabi Muhammad s.a.w adalah akidah & akhlak.13 tahun lamanya kemudian baru disyariatkan yg lain. Mudah,akidah adalah kepercayaan hati (sumber/basement) dan dengan syariat(reaction) kita melakukan kerja.kerja yg sehari2 membentuk peribadi (behavior) itulah dia akhlak. Sy merujuk teori kirk Patrick masa kini.
Berbalik lah pada fitrah bangunkan lah mahasiswa dgn kepercayaan.dengan semangat emosi dan leadership mantap. Puncanya Cuma satu..ketuhanan (spiritual) dgn itu mahasiswa baru dinamakan mahasiswa baru dikatakan sumber yg Berjaya tidak rosak dengan serangan virus..buah yg baik datang dari pokok yg baik.pokok yg baik datang dari akar yg kuat.akar kuat diberi makanan yg baik..balik ke pangkal…FITRAH..

Monday, March 1, 2010

surat buat pemimpin



Dalam berdekad dan berabad lamaNya..tokoh kepimpinan hebat dan terulung melakar satu lebaran sejarah dan legasi agung..dalam buku micheal heart menulis tentang 100 pemimpin hebat sepanjang zaman..Nabi Muhammad mencatat tangga pertama.

inilah tangga Pemimpin diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W

tangga pertama-baginda dicintai caranya adalah dengan baginda mengerat hubungan kasih sayang.
tangga kedua- baginda dihormati caranya adalah baginda menghulur integriti hebat.
tangga ketiga-baginda diikuti caranya adalah baginda merendah diri dan saling tolong menolong.
tangga keempat-baginda ada pelapis caranya adalah baginda membimbing sahabat.
tangga kelima dan terakhir- itulah saat nya baginda menjadi pemimpin abadi dengan meninggalkan satu legasi agung...

kepimpinan adalah PENGARUH..banyak cara orang ingin mendapatkan kepercayaan..ada yg menceritakan keburukan dan fitnah supaya meraih kumpulan orang yg percaya..so dia lah leader..ada jugak yg meraih kekuatan kepimpinan dengan wang dan segala isi dunia..tapi sampai mana hubugn mereka..jika wang habis..jika fitnah ternyata salah..
x ramai pemimpin yg mendapatkan kekuatan rakyat dengan mencintai rakyat terlebih dahulu menjaga integriti,merendah diri seolah2 sekufu dengan rakyat..(berjiwa rakyat)..
siapa dia pemimpin yg mempunyai karisma..
kadang-kadang sibuk melihat helang di langit terlupa pandang rmput di bumi..ada juga yg merasa diri besar dengan kedudukan yg sementara..sampai malu bertanya pada orang2 kecil...merasa bangga dan megah dengan kelebihan diri..mula mencari kekurangan mereka-mereka...hahahahaha kekurangan tetap suatu yg berkurang...bila dia menjadi perkara lepas..tiada satu hal mampu diselesaikan melainkan dengan menukar suatu lebih baik dihadapan...kebaikan???? itu yg x dipandang barangkali...sibuk melihat kekurangan dengan menceritakan kerap kali..
yg BAIK terus dilupa dikhazafkan,terkubur..itulah manusia..sungguh bermain dengan kata-kata.lebih berminat dengan perkara negatif dan lebih bersikap pesimis...

mnceritakan ketandusan pemimpin muda dikalangan mahasiswa..bergeraklah...buka lah minda seluas lautan pandanglah kejernihan air sungai yg mengalirdari melihat lumpur di bendang, lemparkan lah tali hubungan eratkan lah kasih sayang agar kita dicintai...teguh kan iman agar terbangun integiriti hebat...ayuh...!!!