Friday, December 11, 2009

Mahu VS MAMPU


Salam Satu Malaysia..salam perjuangan sahabat di medan perjuangan..salam pertalian darah pada saudara sesama islam dan bukan islam..kita bersaudara..entry pada kali ini agak pendek dan menyusul dengan tajuk2 lain..dicoret pada lembaran maya ini bukan pada ilmu yang ku dapat tapi pada pengalaman yang dirasa,dijelajah dan diteroka rimbaNya..mana mungkin kita kan dapat dlm buku kaku.
Hari ini kita akan menyaksikan satu perlawanan hebat..mungkin agaknya perlawanan persahabat kerana hubungan nya sangat rapat ibarat isi dan kuku..itulah dia kisah BADAN dan HATI..badan itu gagah perkasa..pada lengan dan susuk tubuh sasa terpancar kekuatannya..bila disuruh mengangkat batu yang besar dia MAMPU melakukan..kerana dia sungguh hebat..tapi HATI mengambil tempat mengalahkan BADAN..hati dengan mudah mengatakan ‘malas lah’ kepada BADAN..dan BADAN yang gagah perkasa tunduk pada hati..yang tidak ada rupa kekuatan..siapa lagi kuat..MAHU atau MAMPU..
Kisah yang kedua adalah kisah seorang nenek yang kian berumur malah membongkok..berjalan bersama-sama cucunya..satu peristiwa yang tidak didamba berlaku sebuah motosikal menghipap cucu tadi..nenek dengan kekuatan Cuma sedikit mampu mengangkat motor dan menyelamatkan cucunya..nenek tadi dibantu kekuatan HATI..kekuatan MAHU..tidak mengira MAMPU…
Kuatkan Iradah,kehendak,nafsu pada jalan yang bentul pandu sebaiknya..selamat mencuba..

4 comments:

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim said...

Salam.
Terlalu tinggi bahasa saudara jika nak diterokai. Barangkali orang yg 'bersastera' tinggi sahaja mampu untu menggapai makna coretan pada lembaran yg dimaksudkan saudara.

Apapun kita ber'titah' dengan satu wadah. Sama-sama memahami maksud madah..

Akan tetapi, saya bimbang... dengan bahasa yang istimewa ini tidak mampu dikecapi maknanya untuk mereka yg lebih kepada bahsa moden pantas dan jitu maknanya..

MujahidANBU said...

wassalam..terima kasih abg Syaiham..sebenarnya x berbahasa tinggi cuma berlapik menggunakan analog kisah..insyallah saya cuba mengurangkan sastera nya..kadang2 sastera ini juga penghalang kepada proses mesej..namun saya cuba seadanya mengurangkan persepsi yang berbagai terhadap coretan kata di blog..sekali lagi terima kasih..

salam mujahadah tanpa noktah.
wahdahu wahdah..

MUSTAQIM DARUS said...

PAGI..
Salam..
YA.. KEKUATAN HATI DAN KEMAHUAN PERLU SEIRING..
SETIAP URAT SARAF, DARAH YANG MENGALIR, TULANG YANG KUAT.. KURNIANNYA, YANG PENUH DENGAN KEAJAIBAN DAN MISTERI ILAHI.. HATI TANDA KITA KASIH PADANYA..

MujahidANBU said...

itulah kecerdasan,kekuatan terkuat berbanding physical dan emotional..itulah dia semangat spiritual..hati kita..HATI mengawal segala-gala..hati memandu akal,emosi dan nafsu sendiri agar seimbang dalam perjalanan sebenar..