Sunday, October 25, 2009

final exam dan rahmat ujian.


Salam ehsan iman dan islam..teman-teman seperjuangan..menjelang waktu sukar dan genting..matlamat teman-teman jelas kelihatan..ingin menempah result yang cemerlang..bangun seawal subuh..tidur selewat bulan yang pergi..sungguh kita sama..satu rasa dan perjuangan..satu nama dan kedudukan…kita student..pelajar yang menuntut diajar dan dididik..usaha yang kita lalui sepanjang semester diranjaui dengan ujian dan cubaan..matlamat itu pun jelas..mahu peratusan permakahan untuk carry mark..namun sering kita lupa..sama-sama kita zikir dan fikir..matlamat kita jauh tersasar..ibaratkan kita sedang memanah..di tangan kita busar nya..di jari kita anak panahnya..jauh dihadapan kita itu papan sasaran…masing-masing ingin menuju yang ditengah..tapi ramai yang tersasar ke bahagian tepi atau menyimpang jauh dari sasaran..kerana apa? Ramai diantara kita yang mensasarkan matlamat yang sama..tapi sasaran itu bukan berada di tengah..sasaran itu berasa di sisi lingkungan kedua atau ketiga..itu lah sasaran pointer atau markah atau grade yang tinggi..di himpun kan sekali kesemua nya dan berhasil seseorang itu mendapat DEAN LIST..sememangnya itu yang dituju rakan-rakan seperjuangan..kalau itu bukan sasaran yang sepatutnya..yang dtengah itu apa?..yang jarang mendapat perhatian dan pandangan teman..yang itu yang dituju..pada mula..tapi bukan itu hasilnya..itulah SYAHADAHMU...matlamat sebenar perjuangan mu ingin mendapat pointer atau keredhaanNYa? Pasti kau menjawab kedua-dua nya sekali…ramai atau tidak teman2 bangun seawal 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran..sedang itu waktu sepertiga malam,waktu bangunnya para kekasih Allah sujud menyembah Allah..tapi kita lupa untuk bertahajud sebentar pada yang ESA..yang milik kemenangan..di situ anak panah kita sudah mula tersasar..niat kita ingin kemenangan..juara itu yang ingin dicapai bangun seawal manapun..tidur selewat manapun kita sanggup..”apa kau pasti yang menang itu MULIA…atau kau benar pasti yang kalah itu HINA” Allah maha milik kemenangan..bukan juaramu yang dipinta…tapi usahamu yang mulia..kebergantungan kamu pada dia..biar kamu kalah tapi kamu mulia pada dia..kamu juara pada nya..sedang orang mengangkat segulung anugerah.kau menerima keredhaan Allah..kasih Allah..nah temanku..yang mana lebih berharga..untuk yang kurang Berjaya..jangan gusar dan bimbang usahamu itu dihitung..kau sudahpun juara dengan usahamu yang mulia..pada yang Berjaya.jadikan ketinggian ilmu kerendahan hati..bukan kamu yang maha tahu..bukan kamu yang maha juara..gapailah kejayaanmu..tegapkan matlamatmu.hanya untuk dia yang SATU…

perjuangan kita bukan seperti di sana..peluru-peluru yg membedil musuh-musuh yg dibencimu..perjuangan kita tidak berlindung dari hujan yg membunuh..tidak pula dalam ketakutan…diburu oleh musuhmu..tapi perjuangan kita hanya bersenjatakan pen,pensil dan kertas…Doamu pada ilahi menguatkan dirimu..ikhlasmu hanya pada ilahi..kerana kita berjuang dalam menuntut ilmu.Ilmuwan islam..mencari sudut pelapis..mencari cebis2 umat yg menjamah kelazatan ilmu…nah…dikau la insan yang memenuhi ilmu islam dalam persada Dunia..tebarkan sayap ilmumu keseluruh dunia..moga islam terus tegak..moga umat manusia tidak layu dari berjuang..moga dengan ilmu yang sedikit ini membedil kezaliman dunia..dengan Senjata Doa pada Ilahi..SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEM 09/10.

Salam mujahadah pada semua…kau wakil ALLAH terhebat muka bumi..

2 comments:

Anonymous said...

salam nabil.good!hebat la tulisan.all the best 4 exam!=D
_miza mihat.

Nabil Norhalim said...

wassalam DR MIZA..hehe...moga jadi doktor terbaik..dari UM...