Wednesday, April 28, 2010

teknik mudah & PERCUMA untuk meningkatkan traffic WEB & Blog



Hari ini nak share tentang nak promosikan website atau blog kita.senang cerita nak naikkan "traffic".Tambahan lagi, Ia percuma sahaja.Bila traffic naik, nuffnang pun akan menyumbang lebih banyak ke dalam account kita.hehe.Alhamdulillah.rezeki jangan di tolak,musuh jangan dicari.Bagi anda yang mempunyai website business,cara-cara ini bagus untuk promosikan perniagaan anda dan naikkan hasil jualan dengan menarik lebih ramai customers.InsyaAllah..

Cara-caranya:

1. Gunakan Free Viral kerana ianya PERCUMA.

Salah satu cara untuk menarik traffic kedalam website anda adalah menggunakan FreeViral. Klik di link ini.
Buat step 1 dan 2.

2. Daftar web anda di dalam search engine

Daftar website anda ke kedua-dua search engine pencari terbesar iaitu google dan yahoo, jika tidak website anda tidak akan dijumpai didalam engine pencari tersebut dan ia percuma. Sekiranya anda sudah memiliki website sendiri, ini tidak bermakna website anda akan tersenarai didalam google atau yahoo. Anda kena daftar dulu baru tersenarai. Disini saya berikan link untuk anda senaraikan website anda.
2.1 Daftar untuk Google. Klik disini
2.2 Daftar untuk Yahoo. Klik disini
2.3 Daftar untuk yang search engine yang lain. Klik disini

3. Gunakan facebook untuk mempromosikan perniagaan anda.

saya yakin ramai yang tahu cara ini dengan mempromosi link anda atau produk anda di facebook.



4.Masukkan gambar-gambar yang berkaitan.
(biasanya orang memang suka tengok gambar,kan? lebih tertarik,menarik,memang the bom! )

Edit atau rename gambar-gambar tersebut instead of 1_96345394 kepada keyword yang sesuai atau mungkin popular didalam carian di search engine.


bumi,world,green,


Semoga harap memberi manfaat kepada semua dalam meningkatkan pendapatan secara online.InsyaAllah.Untuk lebih info dan belajar ilmu tentang internet marketing klik sini.

Saturday, April 24, 2010

UDM -KILANG MULIA



tinggal lagi 5 hari aku menghabiskan sisa-sisa perjuangan di bumi UDM,tinggal lagi 3 paper perlu ke tikam-tikam dengan mata pensel dan ilmu lengkap.
Aku menghitung hari,menghela nafas panjang,duduk termangu seketika di anjung kamarku..masa begitu pantas,seakan segalanya berlalu dalam sekelip mata, kenangan-kenangan seawal julai 2007 mula aku gambarkan dalam kotak ingatanku. aku datang sebagai bahan mentah,UDM sebagai tempat pemprosesanku..berharap agar suatu hari nnt aku lahir menjadi Produk berkualiti bkn berjenama untuk diguna di pasaran masyarakat.

lagi 5 hari aku melangkah keluar dari KILANG MULIA ini.di sini aku bertemu penempa2 hebat,aku juga menempa,merubah,mereka yasa karektor dalam diriku,keburukan dalam diri perlu dibuang,aku mengenal diriku dengan TUHANKU .. kilang mulia ini,disini bidang ilmu terbentang luas, dari sekecil surau,dewan kuliah,blk mesyuarat,HEPA,DABS dan Masid UDM, segala2 nya aku jadikan tempat untuk menempa diriku.

Ucapan SALAM,JAZAKALLAH pada:
abang senior,orang pertama keluarkan kata nasihat di bumi ini,aku dimotivasikan dgn cara perkenalan begitu mesra,orang yg menolak hukum seniority di sini.

Ustad Rushdi & Pegawai HEP yg lain,yang telah membimbing diri aku dan team MPP UDM,.baiknya..aku terbentuk dgn memilih jalanku,memilih keputusanku,.bak kata Ust Pahrol >Uruskan Perbezaan tingkatkan Persamaan, Bertentang bukan berbeza..mahasiswa UDM pasti MANTOP jika ada yg berubah dan pagar2 yang terbuka..& selebihnya..mahasiswa itu sendiri lah..
juga kepada pegawai keselamatan,pok2 drebar yang ku kenali kesemuanya...


PAK FIRDAUS (ESQ) Trainer yg melatih aku mengenalkan aku pada ALLAH..saat kita mengingat DIA..pasti INDAH & BAHAGIA..abg bakhtiar,Bro Deen yg kini sudah berumah tangga, keluarga ESQ begitu memberi makna sebenar kesejahteraan dalam ISLAM..

PENSYARAH2 yang ku cintai,.merekalah GURU,MURSYID,SAHABAT bagiku..tribute to TG Ibrahim (rasanya paling famous),En Zulkifli,En Wan Zulqarnain,Engku Thoafah (pasti sejuk melihat wajahnya),Pn Habsah,(my HR mentor),CIk zalina (paling ceria),Pn Nahidah, Pn Fauzilah (paling top),Pn Zaharah (katanya garang??Hehe) En Syamsul (paling berprinsip)..n Ustzh Wan Kuntum (ma’rifatullah)..

kawan-kawanku..gambaran dalam ingatanku lebih seribu orang.xdapat nk menghitung,tapi ku pasti ramai,x dapat juga nk menyatakan nama kesemuanya,yang pasti aku masih sayangkan persahabatan bila mana kau mmberi salam kepadaku dan aku menjawab salam kamu. Begitu juga sebaliknya.

Kawan yang baik mengingatkan kita kepada kebenaran dan kebaikan,sedang kita insan biasa sering lupa dan alpa, Merasa bangga merapatkan diri bersama Khairul Azwad,(ex Pres PMKI) Zaim (MPP),daya pemimpin dari persekolahan mengheret aku sekali turut berjuang,baik dari sudut siasah dan sakhsiah,sukar ku temu yang satu dalam beribu..



kawan-kawan social ku, hubungan didalam kelas aku pastikan tidak renggang,kumpulan lelaki boleh dihitung dengan jari..Abu,chaim,halim,azlie,wan,sopi,fali,herpie dan aiman. Inilah keluarga HR dan aku mengimpikan keluarga HR yg besar terus digabungjalinkan dengan nilai hebat..KASIH SAYANG, Kepada junior2 aku..termasuk SYARAFI shamelin. Haha promote skit produk dia. Hukum senioriti aku bukan pada tua umur dia tapi berilmunya dia..

KELUARGA MPP


kami dijalinkan dengan satu ukhwah mantap,keluarga dipimpin irfanuddin sungguh terpahat dihati,perjuangan tetap sama dan tidak berubah,i miss my MPP family,,moga dapat jumpa kalian semua sekali lagi.
Irfan,kDayah,Ahmad,Asrul,KYan,faizali,asil,izenty,shahid,Ain,KJun,kPah,epul,hadi,Zaim,Nisa. Habsah.

xsemuanya dapat ku ungkap memandangkan kamus kehidupan ku selama 3 tahun terlalu tebal untuk di comprise di dalam tulisan kecil ini.terima kasih,moga Allah memberkati sesiapa yang mengenal diriku..pada diriku banyak keburukan byk kesilapan dosa ku lakukan. Ingin sekali ku peluk insan2 diatas.moga ku dapat bertemu dengan mereka sebelum ku melangkah keluar 29hb April..

sekian surat SALAM dari ku..

8:06 malam
USM 208 KUSZA

Tuesday, April 20, 2010

ADOBE PHOTOSHOP BASIC

Adobe Photoshop basic.

Salam semua,,,salam sayang semua semua sayang anbu x? hehehe…kalau tengok blog header kat atas tu nmpk macam susah je kan…hehe sebenarnya senang jer..sebelum tu anbu nk cerita mula-mula dulu blajar wat photoshop ni..memanglah x seexpert budak2 multimedia..dapat yg basic pun kire ok la kan? Hehe…anbu start blajar dari youtube.actually anbu x pakai la CS3 ke CS4 tu..anbu pakai 7.0 je..zaman tok nek dulu haha,ok la .susah ke…haha senang sangat…semudah ABC…jom kita layan…

1.letak layer pemandangan sebagai lapisan paling bawah…

2.letak layer satu lagi yg kite akan padam2 tepinya…contoh muka anbu kt atas tu…pada asalnya ada kt tepi2 tu.tapi anbu padam guna eraser size 50(ikut size gambar) kalau guna kecik letih lagi besar lagi cantik..pemadam ada banyak jenis…cari yg jenis blurrr kt tepi dia…yg tu kalau padam Nampak cantik skit…

3.ok…gambar yang ketiga adalah gambar kartun tgh pegang Pen Besar..semangat kuat hehe…anbu amik kt google jer…ok gambar yg tu anbu x padam2 nnt susah nk padam bhgn2 kck..so di sebelah kanan ada satu kotak..bese bawah sekali…tertulis layers..n dalam status ‘normal’..hehe anbu tukar dia jadi ‘darken’.

4.untuk tulisan cari bentuk 'T' kt sebelah kiri anda...pastu anbu tambah blending option..ada kt atas tu dalam korum layer..anbu amik 'outer glow' maknanya nk tmbh glow (putih) kt tepi tulisan tu..leh adjust nk byk mne kt spread n size...

Hahaha senangkan...p/s jangan suka penyekkan gambar kalau nk kecik kan tekan ‘shift’ baru gambar size asal k..untuk undone ‘ctrl+z’ itu untuk sekali..untuk banyak kali ‘ctrl+z+alt’…bese la kesilapan2 berlaku dalam melakar kan hehe…ok selamat mencuba…
Ni yg paling lawa rasenyer yg anbu penah wat…guna teknik yg anbu cite tadi




ok itu jela rasanya untuk hari ini ada update n kongsi2 penggunaan software kabo la kt anbu eh...n kita kongsi pengalaman n skill ni bersama.. waallahualam..