Monday, April 4, 2011

Pemimpin yang dicintai

aku sorotkan penulisanku. ceritera tentang kepimpinan dan jalan menujunya. aku menulis atas tajuk assignment aku. yakni kepimpinan dalam organisasi. semoga apa yang aku tulis memberi manfaat kepada yang lain.



Menjadi seorang pemimpin mestilah ada jalannya, ada kaedahnya, Mahatma Gandhi tidak terus-terus menjadi legenda perubahan di india, nama Lincoln masih lagi disebut-sebut orang Amerika. Pasti ada jalan menuju puncak kepimpinan. Menurut Dr Ary Ginanjar dalam bukunya ESQ 165 the way of life menerangkan lima tangga ke puncak kepimpinan di dalam prinsip kepimpinan (leadership principle) ,kita akan bincangkan bersama-sama lima jalan kepimpinan.

Tangga pertama : Pemimpin yang Dicintai

Seorang pemimpin itu mestilah seorang yang disayangi orang lain, disayangi rakyat, seorang guru/ pensyarah disayangi muridnya, seorang bapa disayangi anaknya. Begitulah tangga pertama yang harus dilalui seorang pemimpin, Kasih Sayang. Lalu bagaimana kita ingin mendapatkan kasih sayang? Ingin disayangi? Jawapannya,Kita akan disayangi apabila kita menyayangi, Mahatma Gandhi sangat sayang pada India, sangat sayang pada bangsa india, sehinggakan mengabaikan keperluan diri sendiri ketika melakukan mogok lapar, masyarakat india bangkit kerana semangatnya, seluruh masyarakat india bangkit semarak perjuangannya, sayang padanya.

Bayangkan anda adalah seorang manager di jabatan Human Resource, ada seorang pekerja operator yang kemalangan, kaki nya patah, anda adalah orang pertama yang melawatnya mengucapkan kata-kata yang baik dan indah, memberi semangat untuk terus hidup memberi keperluan lain tanpa memikirkan tentang akta Occupational safety and Health tanpa memikirkan rekod keselamatan syarikat. Tapi lebih memikirkan pekerja sendiri. Nah, ketika itulah anda disayangi pekerja sendiri. Walaupun jawatan tinggi tapi tidak memandang rendah orang bawahan. Menghargai tiap sesuatu yang menyumbang bakti. Anda pasti disayangi.

Kini genap 25 tahun Proton Bhd meneraju industry berat di Malaysia. Apa yang uniknya Proton Bhd Manager Director (MD) Dato Syed Zainal Abidin memberikan hadiah kepada isteri pekerja dan pekerja proton itu sendiri yang berkhidmat bakti sejak tahun 1985 lagi. Apabila seorang pekerja proton telah melakukan tugas yang baik, syarikat akan menghantar surat penghargaan kepada isterinya sebagai tanda terima kasih menyokong suaminya sepenuh masa. Si isteri merasakan syarikat sangat mnghargai dirinya dan suaminya lantas memberi semangat kepada suami untuk bekerja lebih keras lagi. Disediakan pula makan malam seperti prom night untuk pasangan suami isteri mengimbau kembali kenangan manis tahun 1985. Suasana ini takkan tercipta tanpa kasih sayang dari pihak syarikat atau majikan. Dan pastilah Dato Syed Zainal merupakan pemimpin yang disayangi.


Itulah jalan pertama yang mesti dilalui oleh seorang pemimpin, bukanlah seorang pemimpin jika dirinya dibenci serata rakyatnya, dibenci masyarakat, terbukti nilai kepimpinan itu diletakkan orang pada tempatnya bukan tempat itu sendiri, kerusi,kuasa dan sebagainya. Nelson Mandela duduk didalam penjara tapi namanya disorak serata dunia. Jasadnya dipenjara tapi namanya dihati masyarakat. Itulah makna kepimpinan pada tangga yang pertama ini.




cintailah mereka. dan dengan itu kita akan dicintai. itu lumrah lahir secara semula jadi dalam diri manusia. kita dicintai apabila kita mencintai manusia. mencintai nilai murni. mencintai keadilan. people fight because of love not hatred.

salam cinta dariku ...