Sunday, February 27, 2011

Maher Zain Live in Concert


Alhamdulillah
Segala puji kepada Allah tuhan sekalian alam, yang milik arash makhluk terbesar, dan milik diriku, hamba yang kerdil dan hina. Aku diberi kesempatan menghadiri dan menyaksikan sendiri Maher Zain live in Konsert di Stadium Malawati. Penampilan istimewa, mesut kurtis(turki),irfan makki(kanada),Padi(Indonesia), dan Inteam(Malaysia. Mesti ada yang merungut kerana tiketnya agak mahal paling murah adalah RM53 itupun diatas jauh nun atas stadium. Apapun mungkin itu harga bagi setiap perjuangan. Teringat lagu nadamurni ..”bila quran dan sunnah didaulatkan ketika itu jiwa dikorbankan,harta kemewahan dilaburkan demi untuk agama kebenaran”…moga-moga hadirin yang hadir ikhlas hati kerana Allah yang satu, dan membantu ekonomi umat islam.

Memang gamat meriah suasana, ditambah lagi bukan dengan riuh rendah tak tentu hala. Terpekik terjerit tanda ketaksuban kepada sesuatu. pokoknya mestilah dihiasi stadium pada malam itu dengan zikir kepada Allah. Tidak lekang dari mulut penyanyi bismillah apabila memulakan lagu, ada sentimen dakwah diterapkan oleh semua yang dipentas. Laungan Allahuakbar dari penonton tambah semangat rasanya untuk terus berada disana. Pasti penonton ikut serta zikir Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah, La ilaha illallah, dan selawat keatas nabi dalam setiap bait-bait lagu nyanyian MZ ataupun artis-artis lain.

Ketika irfan makki menyanyikan lagu “mabruk” ada part corus yang diterjemahkan dan dinyanyikan dalam bahasa Melayu, lagu mabruk sama mesej nya kepada yang bakal berkahwin seperti lagu barakallah MZ. MZ juga ada menyiapkan sebuah lagu bertajuk “freedom” khas untuk kebebasan kepada rakyat di Tunisia (first), Mesir (second), dan Libya (NOW). MZ juga berpesan kepada penonton yang hadir,.. “as a muslim we got du’a as only weapon so please raise your hand and pray to our brothers and sisters out there”..

Second last, Maher Zain menyanyikan lagu insyallah versi bahasa Melayu.sangat best sebab ada sedikit bangga dalam hati kerana “bahasa jiwa bangsa” kan. Hehe. Sebenarnya nk kekalkan orang nyanyi lagu yg ada zikir2 dan mesej. Bukan senang. Tapi kena ada dipanggil spirit dari orang yang menyampaikan. Aku melihat maher zain berperipadi dengan lagu yang dinyanyikan. Dia berakhlak yang dengan mesej yang disampaikan. Begitu juga dengan artis2 yang lain. kepada artis-artis di Malaysia, yang kebanyakan sudah berhijrah, lihatlah betapa indahnya islam dalam konteks hiburan. Berkarya dan berseni lah, niatkan karya mu kerana Nya, untuk Nya. Insyallah ada barakahnya. Salam perjuangan. Allahuakbar. Jazakallah. Wallahualam.

Friday, February 25, 2011

2 telinga 1 mulut


Pagi tadi sempat melabuhkan telinga mendengar motivasi pagi yang disampaikan ustad Pahrol Mohd Juoi, panelis majalah solusi dan juga pakar motivasi, sungguh dia seorang yang pandai bermadah, bahasanya disusun rapi sedap disantap halwa telinga, motivasi kali ini menegaskan tentang perihal mulut dan telinga, “lebih baik diam dianggap bodoh, dari bercakap memperlihatkan kebodohan” tersentap jiwa seketika mencerminkan diri bermuhasabah, aku ini bagaimana, sudah tabiat ku sering bercakap-cakap, kata-kataku adakah memberi manfaat kepada agamaku, atau memudaratkan sesuatu. sungguh sukar rasanya menyantuni kembali adab berdiam jika tidak dengan perlatihan diri hari-hari.
Kemudian disangkal lagi dengan madah bahasa. Orang yang banyak bercakap, merasa dia serba tahu, dan seringkali memekakkan telinga dari mendengar pendapat orang lain, Allahuakbar, aku lah orang tu. Dan kerana banyaknya dia bercakap akan bertambah riak,takkabur dan kesombangan seseorang. Nauzubillah, aku minta dijauhkan dari sifat itu. Sungguh aku takut sekali kerana bukanlah layak seseorang itu takkabur melainkan Allah rabbul a’la yang berhak. kerana kita hambaNya, Sering aku mengetuai perbincangan dan jarang mendengar pendapat orang lain, sedang idea dia lebih bernas. Lebih inovasi dan kreatif. Selalu aku menutup pemikiran kumpulan perbincangan untuk terus memikirkan idea-idea baru kerana mempertahankan yang aku punya (keputusanku). Hikmah disebalik penciptaan 2 telinga dan 1 mulut adalah kerana diajar untuk lebih mendengar dari bercakap. Apatah lagi yang sia-sia.
Jika kita memekakkan telinga, menidakkan keperluan orang lain,idea orang lain,menafikan kewujudan orang lain dalam berbincang dan diskusi. Pasti kita akan dibalas setimpal. Katanya lagi sambil bermadah bisa, “JIKA ANDA TIDAK MENDENGAR BISIKAN, APA YANG ANDA AKAN DENGAR ADALAH JERITAN”. Dengarlah bisikan, barangkali sahabat kita menegur kita dengan sayup dan hikmah, tapi telinga kita tuli dari ditujah nasihat, kemudian akhirnya dia menjerit baru kita sedar dan melakukan perubahan tapi jeritan itu mungkin datang dengan perkara yang kita tidak ingini. Dengarlah bisikan. Nasihat aku pada diriku.

Wednesday, February 23, 2011

Mahasiswa & Ekonomi

Hari ini, hari penuh kelainan, berbeza dengan hari-hari biasa kampus. Entry aku sebelum ini berkisarkan tentang perjalanan pilihanraya kampus di UPM dan UniSZA, ternyata feel dia lain skit. Ada kumpulan Aspirasi dan ada kumpulan Pro Mahasiswa. Berdebat, bertelagah, berdemonstrasi, dan sebagainya. Aku rasa itu normal. Normal lah seorang manusia yang ditindas bangun mempertahankan Hak. Yang tak normal. Bila dipijak kepala. Dibiarkan dipijak lagi dan lagi. Jarang didapati dipasaran kalau yang itu.

Permainan tarik-menarik sudah pun tamat. Pelajar semua bersurai. Ramai orang bagi pendapat. Ramai orang marah-marah. Ini ke mahasiswa?!!! Berdemo sana berdemo sini.. tunjuklah imej yang baik sikit!! Sukar rasanya menjawab persoalan, eloklah aku lupakan dan gantikan dengan pendefinisian mahasiswa itu sendiri dari kamus dewanku sendiri.

Kawan-kawan, bagi aku, mahasiswa itu golongan terpelajar, yang belajar dari pengalaman, pengalaman yang didapati dari lihat,dengar,rasa dan fikir. Petang tadi aku sempat menghadirkan diri ke siri seminar Negara berpendapatan tinggi, memahami liberalisasi ekonomi dan pembukaan pasaran.kerana minat yang mendalam tentang hal-hal ekonomi ini semangat aku jadi berkobar-kobar. Curious nk tahu.maklumlah budget asyik deficit je, lagi2 hutang Negara meningkat RM317billion, Tapi yang hangin bila pelajar-pelajar kat belakang buat bising. Bukan datang nk dengar tapi datang nk merit,sijil,makan dan perlepasan kuliah.

Baiklah berbalik kepada cerita asal. Apa ada pada liberalisasi ekonomi?, aku ambil fahaman mudah ialah satu kebebasan untuk berniaga, bersaing dalam perniagaan. Boleh juga kita definisikan kebebasan bersuara, bebas mengamalkan gaya hidup harmoni. Sejajar dengan panduan yang diajar agama. Aku tahu dan faham apa yang cuba digarap dan disampaikan pembentang kepada mahasiswa mesej nya jelas. Terang lagi bersuluh. Untuk menjana ekonomi ianya perlu datang dari mahasiswa itu sendiri. Yang bukan lagi dicop lesu. Belajar lebih dari apa yang pensyarah tahu. Baru sistem pendidikan itu berkesan. Berniaga yang luar biasa, barulah menjana produktiviti. Dan Malaysia masih belum ada lagi pengkhususan sektor mana. Contoh India dengan sistem maklumat, Jepun dengan teknologi. Pandangan pembentang ada menyatakan sedikit pengkhususan yakni Malaysia sebagai hub halal.

Diakhir sesi pembentangan aku mengajukan persoalan yang tak terjawab kepada pembentang, MIER kata isirumah Malaysia berhutang RM577 billion. Komen saudara Amin (pembentang), dia mengatakan bahawa terlalu tinggi kadar hutang mampu menjejaskan ekonomi Negara. Walau pada pendapat ahli-ahli ekonomi keadaan itu sebenarnya merungsingkan. Ahli ekonomi tak bimbang soal harga. Ahli ekonomi bimbang soal kuasa beli.

Akhir sekali aku menceritakan perihal mahasiswa zaman kini yang perlu diletakkan merit baru datang bertandang ke majlis-majlis ilmu, kemudian tanpa hati kepada ilmu lantas membuat bising dan mengganggu kelangsungan majlis ilmu. Mahasiswa seperti ini tak ubah seperti masyarakat di pedalaman yang perlu diletakkan hadiah dan makanan baru lah datang majlis tertentu.

Ekonomi Malaysia takkan berkembang kalau mahasiswa belajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan tapi keluar graduasi nak kerja kerajaan, mereka menginginkan mahasiswa mencipta peluang buka lagi mengejar peluang. Kerana itu mereka menamakannya MAHASISWA.

Tuesday, February 22, 2011

PRK UPM dan UniSZA

gegar gempita cuaca pilihanraya kampus, serentak diadakan hampir kesemua ipta di malaysia. alhamdulillah semalam selamat di UPM diumumkan kemenangan atas kerusi umum & fakulti. teringat pula game main rebut kerusi, ada muzik didendang sekali bila berhenti masing-masing berebut kerusi. kini kerusi umum yang 7 sudah ada yang duduk. kerusi fakulti yang 36 pun sudah ada yang duduk. bila pandang orang sebelah rupanya tidak sebulu, tidak sehati dan sekata. tidak serasi ideologi dan perjuangan..begitulah konotasi kisah pilihanraya yang akhirnya dimenangi oleh set-set aspirasi dengan 32 dari 43 kerusi sedang pro M menang 11 dari 43 kerusi.

sambil tetap setia meng "update" information dari Kilang mulia ku UniSZA lain pulak kisahnya dengan pilihanraya kampus. bantahan pencalonan kepada saudara Khairul Azwad. memang pedih dan sakit hati teramat sangat. kerana azwad sahabat aku. dan aku marah jika perjuangannya dihalang. aku tak marah pada orang. aku marah pada sikap. sikap manusia yang tidak berani berdepan dengan kebenaran.

pada masa yang sama, kemenangan juga telah kita ketahui dan harapan besar pada yang diatas kerusi itu supaya teruskan perjuangan, berdiri atas lantai kebenaran. against kebatilan. perjuangan mahasiswa harus diteruskan, tahniah sahabatku juga Isa Yusof, Pok Chek, Raihanah, dan lain-lain.

wallahualam. takbir.Allahuakbar.

Sunday, February 6, 2011

Rusuhan Mesir tegur si Perakus



dalam teori psikologi perkembangan manusia, kanak-kanak yang didera, atau mengalami stress pasti akan memberontak suatu hari nanti, mereka pada masa akan datang jika tak mengganas pun paling tidak akan melakukan perkara tidak berperikemanusian seperti mana ianya tidak diajar pun dari kecil.

begitulah kronologi penindasan yang di "install" di dalam jasad perkembangan rakyat Mesir, Hosni yang tak mubarak namanya kini kian kotor sangat busuk, atau inilah timbal balik bayaran kepada nafsu rakus dan tamak kepada rakyatnya sendiri, aduhai Hosni berapa juta emas dapat ganti namamu agar suci kembali, harta yang banyak itupun tak mampu mensucikan namamu anak isterimu..tiada.. tidak ada jalannya melainkan kau kmbali kepada yang Maha Kaya, yang Maha Adil itulah yang membenamkan kezalimanmu. dan dia yang Maha Memberi balasan .dan Dialah yang berkuasa Mutlak atas segalanya.



Dalam fikrah haraki kau tidak selayaknya memegang Amanah Allah itu, begitu juga dengan proksi-proksi pengampumu, kroni-kroni mu..yang tidak pernah beriman atas Syariat Allah, tidak beriman dengan sistem Islam, tidak beriman dengan hari Akhirat dan dengan itu mereka dengan sengaja dan rakus melakukan pembunuhan Ulama' para ilmuwan, membunuh kebenaran dengan penipuan, mnghalalkan rasuah sehingga tiada siapa menganggap jijik malah makanan mulia zaman intramoden.



kini rakus mu menyebabkan perakus-perakus dunia lain sedang tercekik, terpaksa berbuat kebaikan ,terpaksa melabur sekali lagi segunung emas menyucikan nama, supaya mereka dilihat mulia, supaya mereka boleh mencekik lagi. menelan sehabis boleh khazanah negara, tanpa dipeduli hukum syariat, tanpa dipeduli halal haram, tanpa dipeduli hari Akhirat. ditelan dengan lahab si perakus Dunia.