Wednesday, October 10, 2012

Fenomena "LIKE" di facebook.


Selalunya, ada orang yang suka bercakap besar, berbangga dengan kelebihan yang dia ada, berbangga dengan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah; selalu kan kita dengar, “kan aku dah cakap, kalau tak kerana aku, takkan boleh setel benda ni,” ada juga orang yang berbangga dengan tubuh yang cantik, wajah yang handsome. Berbangga seperti itu namanya “riak”. Orang tahu, orang nampak, orang dengar. riak ini cepat menempa umpatan dari manusia. sebelum dikeji makhluk dilangit. kita minta jauh. amin. 


Keduanya, dipanggil “ujub”. Ujub ini datang bila seseorang itu dipuji. “wah hebatlah kau bagi ucapan tadi,” kita rasa bangga dalam hati, kita mula berbuat kebaikan untuk dilihat orang akan kebaikan kita, kita mendirikan solat, ketika orang ramai di masjid, supaya kita dilihat sebagai abid(ahli ibadah) , Disinilah melandanya fenomena “LIKE” di facebook. Bila kita upload status yang baik, mengajak orang membuat kebaikan, berpesan-pesan dengan kebenaran. Kita dapat banyak “like” kemudian situlah timbul rasa ‘ujub’ ini. Dalam hati kita rasa. “Eh bagus juga tulisan status aku, ramai yang ‘like’ ni. Bahaya ujub ini ialah,. Ianya akan memadamkan pahala kebaikan-kebaikan yang kita buat. Kosong…kosong…. Kerana niatnya itu bukan kerana ingin berpesan kerana Allah tapi kerana ingin banyaknya like dari kawan-kawan. Tak siapa tahu kita berbangga tapi Allah tahu, hambanya sedang memalingkan “LIKE” dari Aku dan mendambakan “LIKE” dari manusia.

Masih belum habis lagi, ada satu lagi level yang ketiga, selepas ujub. Ini yang paling bahaya, ada orang berbuat kebaikan secara sembunyi, tidak dilihat orang, kawan-kawan. Kemudian timbulnya "Sumaah". dalam hati berbisik“Oh Alangkah baiknya, jika ada orang yang tahu kebaikan yang aku lakukan, dan sampaikan kepada orang lain”. Checkmate!!!.

Ubat bagi penyakit hati riak, ujub dan sumaah adalah ikhlas. Ada kisah dalam hadis yang panjang. Kisah Muadz dengan Rasullullah, berkenaan penyakit-penyakit hati sehingga sahabat Nabi Muhammad saw menangis teresak-esak kerana takut jika penyakit itu hinggap dihatinya. Itu sahabat, kita apatah lagi.Allahuakbar, jauh bagai langit dan bumi, Jika malaikat mengangkat amalan-amalan kita. Belum kelangit pertama, bumbung rumah kita pun tak lepas.

Tapi jangan jadi manusia hati tikus.!! Eh tak nak buatlah kalau macam tu. Takut berbuat kebaikan kerana takut dapat penyakit hati, takut jadi pemimpin, takut jadi imam. Sedangkan kebaikan itu perlu dilakukan secara berterusan, (istiqamah) dan bersungguh-sungguh (Itqan), bukankah berpesan-pesan dengan kebenaran itu kewajiban. Bangun menentang penindasan, kezaliman itu wajib. Kita betulkan niat, dan saling ingat memperingatkan satu sama lain, buat semuanya kerana LIKE dari Allah. 

Senyum.

Sunday, October 7, 2012

KECURIAN!!!

Seperti lazim saya akan siapkan kelengkapan training didalam dewan, itu hal biasa, kami perlukan 1jam untuk siapkan segala kelengkapa audio visual kit untuk program. Program pun Alhamdulillah bermula dengan amat baik sekali, ketika kami makan tengahari pada senggat masa 1 hingga pukul 2 petang, senggat waktu yang sangat singkat, jadi kebiasaannya tak perlu lah kunci pintu dewan. Kemudian bila kami masuk untuk sesi seterusnya, seorang peserta bertanya tentang ipad2 miliknya yang diletakkan diatas meja. Ah sudah, question mark??? Siapa pula yang ambil.

Siasat punya siasat Cuma ada 1 orang je pekerja yang hantar air sebanyak 2 kali, 2 kotak, sedang 1 kotak dah cukup kerana peserta tak ramai. Pekerja itu jugalah yang kunci pintu kami bila waktu tengahari sedangkan tak disuruh.hmm.. tetiba saya jadi detektif Conan menyiasat time frame dari pagi hingga tengahari. Menyusun beberapa suspek, menyediakan beberapa kemungkinan dan alibi setiap suspek. Bak kata Conan, “there’s only ONE Truth!”

Saya agak bimbang, sebab bila kehilangan sesuatu yang berharga, tentu peserta tak boleh mengikuti training dengan sebaiknya. Tambah lagi sebahagian dari peserta dah tahu tentang kecurian. Tapi ini yang unik dengan peserta kali ini. Mereka sangat COOL !!! kesemua peserta telah terkeluar dari senarai suspek. Sebab background mereka yang cool, ada diantara mereka punyai title Dr, Ir, Dato Seri,..ada yang punya harta, punya kilang, punya korporat dll. Mereka ini datang sebagai jawatankuasa Masjid, sebahagian berkhidmat secara percuma. Malah tambah lagi peruntukan Masjid. 

Kenapa saya kata mereka COOL, sebab peserta yang hilang ipad2 tu relax je, and enjoy our training, boleh gelak2 macam takda apa yang berlaku,  mungkin sebab bagi dia ipad2 tu macam buku nota.. baguslah,..(lega rasa sebab emosi peserta tak terganggu dan menerima mesej dalam training). Satu lagi cool ialah ketika domestic inquiry yang dijalankan oleh intekma resort. Peserta tu tersangatlah professional dan ada agama. Sebab saya lihat kes ini dihandle dengan sangat tenang, dia pun x menuduh, tapi memberikan ketegasan beban dan tanggungjawab kepada pihak intekma resort. Ada agama, kerana dia yakin sesuatu yang berlaku itu ada hikmah dan pengajaran.  

Akhirnya, setelah digeledah satu intekma, pihak penyiasat intekma pun geledah dewan kami, dan jumpa ipad2 diatas corong air-cond di bilik teknikal. Kami pun tak tahu pintu itu boleh dibuka. pekerja itu tetap tak mengaku, dan tak tahulah apa tindakan dari pihak intekma resort. kes ini mungkin memberi kesan kepada imej. Walaupun hanya curi ipad2. Pihak intekma terpaksa makan kos kepercayaan dari customer, kos keselamatan dsb. Hanya kerana pekerjanya hilang sifat jujur.

Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari, Of Course Do Not Steel!!, ever! , but most things we learned is BELIEVE!!..percaya pada setiap yang berlaku. Percaya pada Qada’ dan Qadar Allah. 

Senyum.  

Thursday, October 4, 2012

Status HAMBA.



Ketika akhir tahun 2009, saya mengalami satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan, saya berjaya menjawab pertanyaan khusus yang selama ini saya tahu jawapannya. Walaubagaimanapun jawapan itu perlu dipegang sehingga saya mati.

 Waktu itu, kami didudukkan secara berpasangan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Tapi dia menjawab setiap jawapan dari saya.  Soalannya itu sebegitu mudah, SIAPA KAMU? 

Jawapan pertama saya, saya Muhammad Nabil Norhalim.
Dia : Itu nama kamu, kawan-kawan, keluarga boleh panggil dan boleh tukarkan nama itu.
Jawapan kedua saya, saya anak kepada Norhalim (Abah) dan Kamariah (ummi)
Dia : Tidak selamanya kamu jadi anak, kelak kamu akan menjadi suami dan ayah.
Jawapan ketiga saya, saya seorang pelajar di UDM (ketika itu)
Dia : Tidak selamanya kamu bergelar pelajar, kamu akan berkerja dan digelar pekerja.
Saya menjadi buntu dan persoalan mula muncul dalam benak fikiran. Siapakah aku, jika gelaran aku bukan diriku, jadi siapa sebenarnya aku.?

Dia lantas memeluk aku dan membisik di telinga aku dengan jawapan yang sebenar-benar jawapan. “Sahabat, Kita adalah hamba, sejak lahir sehingga mati. Istighfar sahabatku, apakah pada jawapunmu tiada satu kau berbalikkan hati dan fikir kepada Tuhanmu, sedang Dia yang menciptakanmu, sedang Dia yang membenarkan kau berpijak di bumi milikNya”

Ya, itu menjawab semuanya. Aku agak lewat menetap sikap dan berpakaian dengan status ini, status hamba buatku merasa bangga kerana kita bukan lagi hamba keduniaan, kita tidak lagi hamba kepada sesiapapun, hanya saja kepada Allah swt tuhanku. 

Status Hamba telah ada pada setiap manusia, namun manusia lupa dan mengaku diri mereka tuan, lebih malang lagi yang mengaku diri mereka tuhan. Peringatan demi peringatan, pesan demi pesan perlu kita sampaikan dengan ucapan “mari menjadi hamba”.. @Langit Ilahi. 

Bukankah dahulu kita pernah memeterai perjanjian kontrak hidup denganNya.

Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)

أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ

BUKANKAH AKU TUHANMU? BAHKAN ENGKAULAH TUHANKU!




Menjadi hamba punya tugas dan peranannya, kita perlu menunaikan kewajipan rukun islam yang lima (5), dan berprinsip dengan rukun iman yang enam (6), dan menjaga hati yang satu dengan ihsan (1). 165. Kerana itu no plat kereta saya BLP 165. Hehe. Semoga kita semua menjadi hamba, dan marilah berpesan-pesan agar kita semua diredhai Allah. 

salam, senyum, sahabat.