Friday, October 22, 2010

Di persimpangan Ilmu



Kisah cendikiawan,karyawan,sejarawan,siasahwan,usahawan,hartawan rata-rata bermula dengan kerjaya seorang pemburu, apa yang diburu mereka ini selama hidupnya adalah ILMU. Dalam sejarah, kota Andalusia sepanyol merupakan pengumpul kitab-kitab dan pusat perkembangan ilmu, kesan sejarah menjadi begitu bermakna dan terpahat di kota Granada, cordoba dan istana Al-hambra.

Pernah tak kita selama ini terfikir kenapa mereka mengejar ilmu, bertungkus lumus merungkai permasalah dengan kajian, berseni mereka juga ilmu, deklamasi sajak,puisi bait-bait ayat yang dilontar menjadi pembakar semangat yang lain, ada juga yang mengkaji peradaban manusia sebagai batu asas perkembangan tamadun baru manusia. Berniaga mereka juga ilmu, mentadbir juga perlu belajar, persoalannya, Kerana apa mereka menuntut? Untuk apa mereka mendalami ilmu? Apakah ada ketika itu si Raja memaksa rakyatnya belajar, dapatkan degree, dapatkan sijil dari madrasah tertentu, atau apakah ada si Menteri mengarahkan mereka untuk belajar. Jawapannya tentu sekali tidak!

Yang mendorong mereka berburu adalah keinginan,keghairahan, Nafsu mereka kepada ILMU,.bukan untuk mencapai apa yang dihajat orang,tapi memenuhi kehendak diri. Cuba fikirkan sejenak dengan apa yang kita lalui sekarang ini, kita dirigidkan pemikiran, tujuan belajar di kampus,sekolah, semata-mata inginkan markah,merit,grade Cgpa,Pointer yang baik, pasti ada rasa penyesalan jika mendapat gagal,pasti rasa bangga jika mendapat grade yang tinggi tidak dipeduli walau dengan cara apa sekalipun, biar pun menipu,meniru,memorize,plagiarisme..asal grade itu kita dapat. Tundukan universal masyarakat melihat kepada tangga yang diduduki, grade yang pernah dicapai,

Tanya diri kita, seandainya kita mendapat 4.0 pasti kita bangga kan?, ibu bapa pun bangga, masyarakat pun bangga,pensyarah dan orang sekeliling kita, pointer itu untuk mereka bangga, tapi kita bagaimana? Apa kita pasti jiwa kita bahagia, dada kita tenang, lama mana pointer itu akan diingat orang?. Apakah benar ilmu yang dipelajari itu kita amalkan, kita adaptasi dalam hidup, apakah ada pemberian dalam tiap2 yang kita pelajari. Dimana kepuasan diri kita dalam menimba ilmu? Tiada…

Sebab kita tak pernah meletakkan tujuan belajar lebih dari itu.(kepuasan). Kalau dengan tujuan kepuasan diri dalam menimba ilmu saya yakin dan percaya kejayaan,pointer,grade pasti menyusuli di belakang untuk dianugerah kepada orang tersayang,ummi abah,keluarga,sahabat,institusi ilmu dan sebagainya. Kerana itu bukan lagi tujuan tapi hasil dari tujuan sebenar,

Dalam teori maslow yang paling atas diletak dalam kehendak manusia ialah Self Efficiency atau self Esteem (kepuasan diri). Nah, inilah tujuan sebenar kita,yang menjadikan ilmu mereka bertambah dan berkembang, berfikir mereka luar jangka, atas ilmu mereka beramal atas amal mereka bersikap, dan atas sikap bentuk behavior yang baik (akhlak) pekerti mereka mulia. terbinalah remaja yang bertamadun,

Cukuplah sekadar disini pandanganku, selamat bernafsu dan ghairah dalam menuntut ilmu seperti adik dibawah ini , adios, bon voyage a.k.a maas salamah wa ila liqa’.

Thursday, October 7, 2010

Pembinaan tamadun Malaysia

terperangkap dalam medan ilmu seperti jiwa-jiwa sedang beperang, begitulah ketika saya menulis tentang perbincangan ini dalam kerja kursus tamadun Islam Tamadun Asia, sedikit tentang objektif kajian kami fokuskan kepada pembangunan tamadun Malaysia, negara tanah tumpah darahku, pasti bangga jika dapat berkhidmat walau hanya secebis helaian tulisan.

secara keseluruhan kami merujuk kepada tamadun india sebagai teras pembangunan tamadun Malaysia, kami menjurus kepada tamadun yang dibina diatas entiti Rohani yang wujud dalam tamadun India sekian lamanya. itulah dia Kepercayaan & Nilai. ketika hendak capai di puncak gunung perlu ada mehnah & tribulasinya..cabaran & halangan inilah masalah yang bakal menjadi peluang ke arah ketamadunan Malaysia.

• Mehnah & tribulasi kepada pembangunan tamadun Malaysia

Malaysia sebuah Negara membangun sesuai dengan model-model pembangunan tamadun yang dicanangkan, kesan Sejarah menjadikan Malaysia sebuah Negara ynag mempunyai variasi etinisiti, bahasa dan dialek mengikut kawasan tertentu.kepelbagaian menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang unik.

Telah tertulis di kitab sejarah kemanisan kemerdekaan belum sempat dirasa nikmat sepenuhnya, jurang perbezaan kawasan, sektor pekerjaan bahasa dan budaya mencetuskan ketegangan antara kaum dan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pelbagai usaha kerajaan dari sudut Top Down diperkenalkan, penubuhan MAGERAN, Jabatan perpaduan, Jabatan Sosial Negara. Dan segala usaha-usaha murni yang dijalankan agar perpaduan etnik mencapai kata tuntas dan menyerikan Malaysia sebagai Negara satu bangsa.

Pemerintahan Gupta,Maurya & Asoka dalam tamadun india yang sekian lama sebagai contoh turut mengundang variasi etnisiti dan menyebabkan wujudkan kerencaman dan perbezaan budaya, dengan kebijaksanaan pemerintah umat manusia di bawah empayar mencapai kesatuan sosialisasi dan menjadi satu bangsa yg berjaya suatu masa dahulu.

Begitu halnya dengan Malaysia, tujuan mencapai bangsa Malaysia adalah merupakan salah satu wawasan. Satu dasar, penjenamaan sebuah Negara menuju era ketamadunan dan kecemerlangan Negara. Lantas ketamadunan Malaysia tertulis dalam kamus sejarah dek kerana bangsanya.

Persoalannya, Apakah Malaysia pada hari ini mencapai kepada tahap bangsa Malaysia dan mencapai perpaduan antara etnik, Menurut Dr Shamsul Amri Baharuddin Hubungan Etnik di Malaysia masih berada di tahap Stable intentional. Masih aman tapi belum menunjukkan kesatuan yang sepenuhnya, masih ada prejudis, streotaip yang tertanam dalam minda fikir kaum masing-masing.

Karenah birokrasi dari pertukaran pemerintahan, saling bertukar konsep , dasar memperlihat ketidak sediaan kearah membentuk Negara Malaysia menjadi sebuah Negara bertamadun. Jabatan Perpaduan Negara yang berpindah randah dari satu kementerian kepada kementerian yang lain, begitu juga perjuangan dari aspek pendidikan, sekolah berwawasan masih di takuk lama, cabarannya teori kesatuan indah dibaca, dasar perpaduan indah dikhabar, perlaksanaan jauh dari sangkaan.

Kemasukan anasir-anasir luar membentuk budaya hedonism yang sangat meruncing dikalangan remaja, generasi muda yang akan membangun tamadun Malaysia kini dicemari dengan budaya yang kurang enak, seperti melihatkan teori keterbalikan tamadun ibnu Khaldun. Nilai-nilai murni turut pudar dalam pengamalan kerja sehari-hari melihatkan peningkatan kadar Rasuah, Jenayah, Kezaliman dan penindasan orang yang lemah, Krisis ini masih lagi bernyawa dan semakin hidup di Malaysia.

Inilah Mehnah & tribulasi di Malaysia, kita dapat lihat dari karenah kepelbagaian kaum untuk memupuk perpaduan terus kepada karenah perlaksanaan yang tidak pernah tetap pendiriannya kearah ketamadunan umat dan akhir sekali asset kepada ketamadunan itu sendiri yang kini rosak dimamah unsur-unsur negatif dalam diri. Sebagai langkah mengatasi kemaslahatan ini sedikit metodologi akan dinyatakan dalam perbincangan seterusnya.


• Harapan : Malaysia sebuah Negara Bertamadun

Negara Jepun suatu ketika dahulu terkenal dengan prinsip bushido yang dipegang, golongan kesatria samurai mempunyai prinsip hidup bunga sakura sebagai lambang kehidupan. Tun Dr Mahathir dalam ucapan di konvensyen Pelajar Melayu menyebut “ maju mundur sebuah Negara adalah kerana Budayannya”. Begitu halnya dengan pembangunan tamadun Malaysia, Nilai!

Nilai-nilai murni yang diamalkan seharian akan membentuk akhlak (Behavior), Akhlak yang menjadi cerminan kepada ketamadunan rakyat Malaysia, Imam Al-Ghazali mendefiniskan “akhlak adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa mendahului akal fikiran,” kerana itu nilai-nilai murni seperti jujur,amanah, berintegiriti, berkasih sayang, prihatin perlu diamalkan agar membentuk akhlak.

Bayangkan bagaimana umat manusia di Mekkah Kaum Quraisy yang jahil dengan menanam bayi perempuan hidup-hidup mampu ditamadunkan dan melahirkan akhlak yang sangat indah, itulah halnya kepercayaan kepada Tuhan, Kini termaktub didalam perlembagaan Malaysia adanya Agama Islam sebagai agama rasmi sedang agama lain boleh dilaksanakan dan perlu dihormati. Inilah titik mula kearah ketamadunan Malaysia,

Malaysia mampu mendaki puncak tertinggi dalam bidang sains & teknologi, perkembangan sektor ilmu pengetahuan dari pembinaan Universiti dan institusi pendidikan yang lainnya, mampu melahirkan institusi kemahiran yang menampung masalah sumber tenaga. Mampu membina menara gagah tinggi sebagai lambang ketinggian ilmu yang dimilikinya. Namun, Apakah Malaysia mencapai perpaduan dari sudut Kecerdasan Emosional (EQ), dan mencapai Akhlak dari sudut Kecerdasan Spiritual (SQ).

Malaysia, penuh pengharapan jika rakyatnya yang berbilang kaum, berbeza agama dianuti kembali kepada Tuhan, kembali kepada ajaran Agama, tiada Agama yang mengajarkan tentang keganasan, perpecahan, rasuah dan penindasan. Kerencaman ini bukan lah perlu digadai Prinsip namun dari perbezaan inilah kita bertembung dengan Nilai-nilai murni yang diterima rakyat semuanya. Nilai Jujur, Berwawasan, bekerjasama, berkasih sayang, Prihatin dan sebagainya.

adaptasilah kejadian alam ciptaan Allah sebagai pedoman kita, arus panas dan sejuk dilautan apabila bertembung, kawasan itulah yang paling subur sebagai makanan ikan di lautan. Begitulah jua Malaysia, ketamadunan dapat dicapai jika perbezaan diurus dengan bijak dan jadikan ianya bertembung (interaksi) agar lahir benih-benih subur kearah masyarakat yang harmoni (EQ), dan berakhlak mulia (SQ).