Monday, December 28, 2009

Pementasan DUNIA



PENTAS UNTUK MEMBERI





Hampir sebulan yg lepas.saya,zaim dan atiqah mendapat satu amanat yang kami perlu laksana dan jayakan demi mencapai erti kebahagiaan dalam memberi. Itulah awal mula rangka kerja Camp back to school Orang Asli serendah Rawang. Dengan permulaan budget di bawah par 0,kami mengorak langkah membuat kertas kerja dan modul yg signifikan untuk anak2 orang Asli. Dengan segala kudrat kami mengerah keringat. Perjalanan yang begitu sukar tapi manis dirasa. Kerja kami diteruskan dengan skill Panjat memanjat bangunan2 kerajaan,swasta,korporat dan persendirian untuk mendapat peruntukan bagi anak2 kecil ini.


Namun cabaran dan dugaan datang seiring usaha. Sungguh sukar untuk meneruskan perjuangan dengan semangat MAHU tetap mengatasi MAMPU..kerana itu prog terus diperjuang. Ditambah lagi dengan sokongan penuh galakan Ust MAHADI,ABAH dan k.LIZA menaikkan semangat dengan kata2 motivasi mereka.
Dengan peruntukan yang terlalu sedikit .penggunaannya digunakan semanfaat mungkin dan jauh sekali dari pembaziran dan memenuhi keperluan anak2 orang Asli..kami berserah pada Dia yg maha Mmberi Rezeki. Trnyata benar Allah maha kasih..maha sayang hambaNya..di saat Akhir kami dibantu dengan insan-insan mulia dan prihatin. Kami dibantu Exco Kerajaan negeri,Pekawanis,JHEOA,JAKIM .datang rakan2 sebagai fasilitator, Allah memudahkan segala urusan kami sehinggalah program berlangsung.


PENTAS PRIHATIN DAN SAKSAMA





Camp Back to school adalah camp yang dilaksana untuk mengatasi masalah ketidakhadiran anak2 orang Asli ke sekolah akhirnya mnyebabkn gejala sosial,mabuk,seks bebas menghantui mereka seawal umur begitu kecil. Soal agama? 21tiada agama,23 kristian dan 6 islam.soal bangsa? Mereka adalah orang Asli suku kaum Temuan. Bahasa pun mudah sedikit difahami dan terkenal dengan tarian sewang.


Peserta(anak2 orang Asli) seramai 60 orang(termasuk peserta luar) dengan peserta termuda berumur 8 tahun dan yang tertua 18thun. Menyukarkan kami kerana jurang yang cukup besar. namun apa yang kami kagum adalah mereka tiada langsung sifat ego (senioriti)dan itulah yg mmbantu memudahkan modul kami. Kami gelar mereka LASKAR PELANGI. Kerana sifat dan situasi mereka sama seperti lintang,kucai,boy, dan yg lain2. Walau senakal atau seAKTIF manapun..adik2 peserta sangat patuh pada arahan kami. Dan yang paling penting hbgn kami seperti adik beradik,sangat kasih dan sayang menyayang antara satu sama lain,. Mereka menginginkan seseorang menceritakan tentang ilmu,tentang dunia,tentang baik dan buruk,tentang kebenaran, dan mengajarkan bagaiman cara hidup yang sempurna. Adik2 peserta merupakan anak2 pintar yang kebanyakan kacukan dari sabah.

Temanku..adik2 ini sudah diberi peruntukan percuma belajar dan menginap di asrama, dah dipermudahkan untuk menuntut ilmu. Cuma ada sesuatu yang kurang diberi oleh umat manusia kalakian.itulah kasih sayang jarang sekali Peluk,belai,usap,sisih rambut adik2 dan pandu MAHU mereka.
Kami Protraining tidak datang dan pergi. Insyallah dengan izin maha kuasa kami akan menyusun program sepanjang tahun 2010 untuk anak2 orang Asli dan insyallah seterusnya sehinggalah mereka menjadi manusia hebat.

Tuesday, December 22, 2009

who am i,who are u,who we are?

aku adalah aku

ko bkn aku

kamu bkn aku

anda bkn aku

awak pn bkn aku

sbb

aku adalah saya

saya ada sorg je

sbb saya sorg r

saya knal dan x knal anda

anda knal aku ke???

aku pn x tau

aku adalah sorg hamba abdi

bagaimana kamu?

sudi kamu knal aku dan saya?

kawan dgn saya..?

aku hamba yg mncari2

cari sapa yaa?

anda?ko?kamu?awak?

ntah

aku ini tiada apa2 yg ada iya itu yg 1 itu...

yg maha Memiliki itu...

aku kan miliknya

kamu sama spt akukan?

ko juga...tp

sapa ya aku ini mahu dibanding sama kamu

disuruh ya malas skali nurut arahan kerja

mungkin perlu lebih rajin aku ini...

saya kerja dan harap dunia

sapa yg memiliki aku sebenarnya???

aku bingung

anda juga?

dunia atau Dia???

sudah tentu Dia...

kerana dunia jua dimiliki oleh Dia

kan gitu....

tulisan karya indah ini adalah petikan dari info Facebook seorang teman klik disini yang dikenali...mendapatkan hidayah di UITM JOHOR..kuasa Allah..kehendak Allah..insyallah membuka mata hati melihat dan menjawab pertanyaan sebenar,siapa kita? siapa kau? dan siapa aku?

Friday, December 11, 2009

Mahu VS MAMPU


Salam Satu Malaysia..salam perjuangan sahabat di medan perjuangan..salam pertalian darah pada saudara sesama islam dan bukan islam..kita bersaudara..entry pada kali ini agak pendek dan menyusul dengan tajuk2 lain..dicoret pada lembaran maya ini bukan pada ilmu yang ku dapat tapi pada pengalaman yang dirasa,dijelajah dan diteroka rimbaNya..mana mungkin kita kan dapat dlm buku kaku.
Hari ini kita akan menyaksikan satu perlawanan hebat..mungkin agaknya perlawanan persahabat kerana hubungan nya sangat rapat ibarat isi dan kuku..itulah dia kisah BADAN dan HATI..badan itu gagah perkasa..pada lengan dan susuk tubuh sasa terpancar kekuatannya..bila disuruh mengangkat batu yang besar dia MAMPU melakukan..kerana dia sungguh hebat..tapi HATI mengambil tempat mengalahkan BADAN..hati dengan mudah mengatakan ‘malas lah’ kepada BADAN..dan BADAN yang gagah perkasa tunduk pada hati..yang tidak ada rupa kekuatan..siapa lagi kuat..MAHU atau MAMPU..
Kisah yang kedua adalah kisah seorang nenek yang kian berumur malah membongkok..berjalan bersama-sama cucunya..satu peristiwa yang tidak didamba berlaku sebuah motosikal menghipap cucu tadi..nenek dengan kekuatan Cuma sedikit mampu mengangkat motor dan menyelamatkan cucunya..nenek tadi dibantu kekuatan HATI..kekuatan MAHU..tidak mengira MAMPU…
Kuatkan Iradah,kehendak,nafsu pada jalan yang bentul pandu sebaiknya..selamat mencuba..

Friday, December 4, 2009

Camp 'BACK TO SCHOOL'



Dengan nama Allah yang maha kasih,maha sayang hamba2nya..
salam buat teman-teman seperjuangan di mendan jihad,seangkatan di persada ilmuan..saudara mara dan keluarga tercinta.


anak-anak muda orang Asli menghadapi krisis ilmu yang sangat membimbangkan buat mereka yang peduli.ponteng sekolah,sosialisasi dan hidonisme yang lebih dahulu sampai kepada generasi muda kalakian.

Sekolah merupakan pangkalan ilmu sebelum mereka terbang ke persada ilmu yang lebih tinggi membawa mereka kembali itulah.kami menetapkan modul yang sesuai khas untuk generasimuda orang kita (orang ASLI).

Darul Fitrah service centre Bersama Protraining resources & consultancy terpanggil membuat kerja amal.tanpa berasaskan keuntungan dan perniagaan.dana untuk kekuatan program bergantung kepada sumbangan ikhlas badan-badan kerajaan,NGO,GLC,badan-badan Korporat dan persendirian.

Sehubungan itu, mohon belas ihsan dari pihak teman,sahabat,saudara yang peduli untuk memberi sumbangan yang akan disalurkan kepada orang asli ketika program tersebut. Sumbangan yang diperlukan boleh disalurkan dalam bentuk wang atau barangan keperluan harian(eg:beras,susu, pakaian,dsb) atau alatan persekolahan(eg:beg,alat tulis,buku,pakaian).
Sekiranya Pihak tuan ingin menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan medium saluran bagi memudahkan kesulitan bagi pihak tuan kelak. Oleh itu,pihak tuan boleh berbuat demikian melalui
no.akaun bank : BIMB 12038010067123
No.10B tingkat 2,blok 4, Worlwide business centre,Seksyen 13,40850,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi
Cik Nur’Atiqah Norhalim(0139695874)
Muhammad Nabil bin Norhalim (0134664818)