Wednesday, February 23, 2011

Mahasiswa & Ekonomi

Hari ini, hari penuh kelainan, berbeza dengan hari-hari biasa kampus. Entry aku sebelum ini berkisarkan tentang perjalanan pilihanraya kampus di UPM dan UniSZA, ternyata feel dia lain skit. Ada kumpulan Aspirasi dan ada kumpulan Pro Mahasiswa. Berdebat, bertelagah, berdemonstrasi, dan sebagainya. Aku rasa itu normal. Normal lah seorang manusia yang ditindas bangun mempertahankan Hak. Yang tak normal. Bila dipijak kepala. Dibiarkan dipijak lagi dan lagi. Jarang didapati dipasaran kalau yang itu.

Permainan tarik-menarik sudah pun tamat. Pelajar semua bersurai. Ramai orang bagi pendapat. Ramai orang marah-marah. Ini ke mahasiswa?!!! Berdemo sana berdemo sini.. tunjuklah imej yang baik sikit!! Sukar rasanya menjawab persoalan, eloklah aku lupakan dan gantikan dengan pendefinisian mahasiswa itu sendiri dari kamus dewanku sendiri.

Kawan-kawan, bagi aku, mahasiswa itu golongan terpelajar, yang belajar dari pengalaman, pengalaman yang didapati dari lihat,dengar,rasa dan fikir. Petang tadi aku sempat menghadirkan diri ke siri seminar Negara berpendapatan tinggi, memahami liberalisasi ekonomi dan pembukaan pasaran.kerana minat yang mendalam tentang hal-hal ekonomi ini semangat aku jadi berkobar-kobar. Curious nk tahu.maklumlah budget asyik deficit je, lagi2 hutang Negara meningkat RM317billion, Tapi yang hangin bila pelajar-pelajar kat belakang buat bising. Bukan datang nk dengar tapi datang nk merit,sijil,makan dan perlepasan kuliah.

Baiklah berbalik kepada cerita asal. Apa ada pada liberalisasi ekonomi?, aku ambil fahaman mudah ialah satu kebebasan untuk berniaga, bersaing dalam perniagaan. Boleh juga kita definisikan kebebasan bersuara, bebas mengamalkan gaya hidup harmoni. Sejajar dengan panduan yang diajar agama. Aku tahu dan faham apa yang cuba digarap dan disampaikan pembentang kepada mahasiswa mesej nya jelas. Terang lagi bersuluh. Untuk menjana ekonomi ianya perlu datang dari mahasiswa itu sendiri. Yang bukan lagi dicop lesu. Belajar lebih dari apa yang pensyarah tahu. Baru sistem pendidikan itu berkesan. Berniaga yang luar biasa, barulah menjana produktiviti. Dan Malaysia masih belum ada lagi pengkhususan sektor mana. Contoh India dengan sistem maklumat, Jepun dengan teknologi. Pandangan pembentang ada menyatakan sedikit pengkhususan yakni Malaysia sebagai hub halal.

Diakhir sesi pembentangan aku mengajukan persoalan yang tak terjawab kepada pembentang, MIER kata isirumah Malaysia berhutang RM577 billion. Komen saudara Amin (pembentang), dia mengatakan bahawa terlalu tinggi kadar hutang mampu menjejaskan ekonomi Negara. Walau pada pendapat ahli-ahli ekonomi keadaan itu sebenarnya merungsingkan. Ahli ekonomi tak bimbang soal harga. Ahli ekonomi bimbang soal kuasa beli.

Akhir sekali aku menceritakan perihal mahasiswa zaman kini yang perlu diletakkan merit baru datang bertandang ke majlis-majlis ilmu, kemudian tanpa hati kepada ilmu lantas membuat bising dan mengganggu kelangsungan majlis ilmu. Mahasiswa seperti ini tak ubah seperti masyarakat di pedalaman yang perlu diletakkan hadiah dan makanan baru lah datang majlis tertentu.

Ekonomi Malaysia takkan berkembang kalau mahasiswa belajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan tapi keluar graduasi nak kerja kerajaan, mereka menginginkan mahasiswa mencipta peluang buka lagi mengejar peluang. Kerana itu mereka menamakannya MAHASISWA.

No comments: