Wednesday, October 10, 2012

Fenomena "LIKE" di facebook.


Selalunya, ada orang yang suka bercakap besar, berbangga dengan kelebihan yang dia ada, berbangga dengan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah; selalu kan kita dengar, “kan aku dah cakap, kalau tak kerana aku, takkan boleh setel benda ni,” ada juga orang yang berbangga dengan tubuh yang cantik, wajah yang handsome. Berbangga seperti itu namanya “riak”. Orang tahu, orang nampak, orang dengar. riak ini cepat menempa umpatan dari manusia. sebelum dikeji makhluk dilangit. kita minta jauh. amin. 


Keduanya, dipanggil “ujub”. Ujub ini datang bila seseorang itu dipuji. “wah hebatlah kau bagi ucapan tadi,” kita rasa bangga dalam hati, kita mula berbuat kebaikan untuk dilihat orang akan kebaikan kita, kita mendirikan solat, ketika orang ramai di masjid, supaya kita dilihat sebagai abid(ahli ibadah) , Disinilah melandanya fenomena “LIKE” di facebook. Bila kita upload status yang baik, mengajak orang membuat kebaikan, berpesan-pesan dengan kebenaran. Kita dapat banyak “like” kemudian situlah timbul rasa ‘ujub’ ini. Dalam hati kita rasa. “Eh bagus juga tulisan status aku, ramai yang ‘like’ ni. Bahaya ujub ini ialah,. Ianya akan memadamkan pahala kebaikan-kebaikan yang kita buat. Kosong…kosong…. Kerana niatnya itu bukan kerana ingin berpesan kerana Allah tapi kerana ingin banyaknya like dari kawan-kawan. Tak siapa tahu kita berbangga tapi Allah tahu, hambanya sedang memalingkan “LIKE” dari Aku dan mendambakan “LIKE” dari manusia.

Masih belum habis lagi, ada satu lagi level yang ketiga, selepas ujub. Ini yang paling bahaya, ada orang berbuat kebaikan secara sembunyi, tidak dilihat orang, kawan-kawan. Kemudian timbulnya "Sumaah". dalam hati berbisik“Oh Alangkah baiknya, jika ada orang yang tahu kebaikan yang aku lakukan, dan sampaikan kepada orang lain”. Checkmate!!!.

Ubat bagi penyakit hati riak, ujub dan sumaah adalah ikhlas. Ada kisah dalam hadis yang panjang. Kisah Muadz dengan Rasullullah, berkenaan penyakit-penyakit hati sehingga sahabat Nabi Muhammad saw menangis teresak-esak kerana takut jika penyakit itu hinggap dihatinya. Itu sahabat, kita apatah lagi.Allahuakbar, jauh bagai langit dan bumi, Jika malaikat mengangkat amalan-amalan kita. Belum kelangit pertama, bumbung rumah kita pun tak lepas.

Tapi jangan jadi manusia hati tikus.!! Eh tak nak buatlah kalau macam tu. Takut berbuat kebaikan kerana takut dapat penyakit hati, takut jadi pemimpin, takut jadi imam. Sedangkan kebaikan itu perlu dilakukan secara berterusan, (istiqamah) dan bersungguh-sungguh (Itqan), bukankah berpesan-pesan dengan kebenaran itu kewajiban. Bangun menentang penindasan, kezaliman itu wajib. Kita betulkan niat, dan saling ingat memperingatkan satu sama lain, buat semuanya kerana LIKE dari Allah. 

Senyum.

1 comment:

dairiibu said...

Salam sejahtera.
molej gak kupasan gini... tak apalah
tak ader org like asal message sampai betul tak? kalau yg kita tulis boleh buka pintu hidayah utk
org itu lebih bermakna dari org like
silent like tu lebih penting.