Thursday, October 4, 2012

Status HAMBA.



Ketika akhir tahun 2009, saya mengalami satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan, saya berjaya menjawab pertanyaan khusus yang selama ini saya tahu jawapannya. Walaubagaimanapun jawapan itu perlu dipegang sehingga saya mati.

 Waktu itu, kami didudukkan secara berpasangan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Tapi dia menjawab setiap jawapan dari saya.  Soalannya itu sebegitu mudah, SIAPA KAMU? 

Jawapan pertama saya, saya Muhammad Nabil Norhalim.
Dia : Itu nama kamu, kawan-kawan, keluarga boleh panggil dan boleh tukarkan nama itu.
Jawapan kedua saya, saya anak kepada Norhalim (Abah) dan Kamariah (ummi)
Dia : Tidak selamanya kamu jadi anak, kelak kamu akan menjadi suami dan ayah.
Jawapan ketiga saya, saya seorang pelajar di UDM (ketika itu)
Dia : Tidak selamanya kamu bergelar pelajar, kamu akan berkerja dan digelar pekerja.
Saya menjadi buntu dan persoalan mula muncul dalam benak fikiran. Siapakah aku, jika gelaran aku bukan diriku, jadi siapa sebenarnya aku.?

Dia lantas memeluk aku dan membisik di telinga aku dengan jawapan yang sebenar-benar jawapan. “Sahabat, Kita adalah hamba, sejak lahir sehingga mati. Istighfar sahabatku, apakah pada jawapunmu tiada satu kau berbalikkan hati dan fikir kepada Tuhanmu, sedang Dia yang menciptakanmu, sedang Dia yang membenarkan kau berpijak di bumi milikNya”

Ya, itu menjawab semuanya. Aku agak lewat menetap sikap dan berpakaian dengan status ini, status hamba buatku merasa bangga kerana kita bukan lagi hamba keduniaan, kita tidak lagi hamba kepada sesiapapun, hanya saja kepada Allah swt tuhanku. 

Status Hamba telah ada pada setiap manusia, namun manusia lupa dan mengaku diri mereka tuan, lebih malang lagi yang mengaku diri mereka tuhan. Peringatan demi peringatan, pesan demi pesan perlu kita sampaikan dengan ucapan “mari menjadi hamba”.. @Langit Ilahi. 

Bukankah dahulu kita pernah memeterai perjanjian kontrak hidup denganNya.

Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)

أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ

BUKANKAH AKU TUHANMU? BAHKAN ENGKAULAH TUHANKU!




Menjadi hamba punya tugas dan peranannya, kita perlu menunaikan kewajipan rukun islam yang lima (5), dan berprinsip dengan rukun iman yang enam (6), dan menjaga hati yang satu dengan ihsan (1). 165. Kerana itu no plat kereta saya BLP 165. Hehe. Semoga kita semua menjadi hamba, dan marilah berpesan-pesan agar kita semua diredhai Allah. 

salam, senyum, sahabat.

No comments: