Wednesday, June 2, 2010

PUISI : Tanah Hati



di tanah hati,

gersang kekeringan,

tiada hidupan mahu bertandang,

menanti hujan datang menyiram,

dengan air, iman dan kasih sayang.

disemai bersama benih kehidupan,

di tanah hati,

hidupan subur murni,

kecantikan alam tersergam abadi.

memberi khidmat pada yang berbakti.

membahagiakan pada yang sepi.

di tanah hati,

di dadamu, bunga segak berseri

di dadamu,bangunan megah brdiri.

hanya kerana sekeping hati

itulah makna seorang insani.

karya : Mujahidanbu


turut di pamerkan di kapasitor.

No comments: