Wednesday, August 4, 2010

NOTA SEMALAM



mata pena rakib atib mencatat segala,

kamus putih menjadi hitam,

tiap satu dihalusi tanpa terlihat mata kasar,

bukan pada niat tapi pada perbuatan,



pada saat iman tumpas ditangan nafsu,

dan disaat nafsu mula merampas kerajaan diri,

kisah semalam kini tercalar,

dilakir tinta hitam pada nota hidup,

secara fitrah mereka mula menafi kewujudan,

kerana terbaca nota kehidupan,

apakah nota hidup menceritakan akhirnya?

apakah selamanya nota semalam dicoreng tinta noda?



hari ini,nota tampak berseri,

tertulis perbuatan penuh hemah,

namun yang salah selamanya salah,

oleh manusia yang merasa suci,

pertimbangan pemikiran yang terkunci,

dari pintu-pintu persaudaraan dan belas kasihan,



masih ada ruang ketika bernafas,

masih ada kunci untuk membuka pintu hati,

masih ada tangan yang menghulur budi,

itulah hikmah hidup dengan memberi.

No comments: