Saturday, April 24, 2010

UDM -KILANG MULIA



tinggal lagi 5 hari aku menghabiskan sisa-sisa perjuangan di bumi UDM,tinggal lagi 3 paper perlu ke tikam-tikam dengan mata pensel dan ilmu lengkap.
Aku menghitung hari,menghela nafas panjang,duduk termangu seketika di anjung kamarku..masa begitu pantas,seakan segalanya berlalu dalam sekelip mata, kenangan-kenangan seawal julai 2007 mula aku gambarkan dalam kotak ingatanku. aku datang sebagai bahan mentah,UDM sebagai tempat pemprosesanku..berharap agar suatu hari nnt aku lahir menjadi Produk berkualiti bkn berjenama untuk diguna di pasaran masyarakat.

lagi 5 hari aku melangkah keluar dari KILANG MULIA ini.di sini aku bertemu penempa2 hebat,aku juga menempa,merubah,mereka yasa karektor dalam diriku,keburukan dalam diri perlu dibuang,aku mengenal diriku dengan TUHANKU .. kilang mulia ini,disini bidang ilmu terbentang luas, dari sekecil surau,dewan kuliah,blk mesyuarat,HEPA,DABS dan Masid UDM, segala2 nya aku jadikan tempat untuk menempa diriku.

Ucapan SALAM,JAZAKALLAH pada:
abang senior,orang pertama keluarkan kata nasihat di bumi ini,aku dimotivasikan dgn cara perkenalan begitu mesra,orang yg menolak hukum seniority di sini.

Ustad Rushdi & Pegawai HEP yg lain,yang telah membimbing diri aku dan team MPP UDM,.baiknya..aku terbentuk dgn memilih jalanku,memilih keputusanku,.bak kata Ust Pahrol >Uruskan Perbezaan tingkatkan Persamaan, Bertentang bukan berbeza..mahasiswa UDM pasti MANTOP jika ada yg berubah dan pagar2 yang terbuka..& selebihnya..mahasiswa itu sendiri lah..
juga kepada pegawai keselamatan,pok2 drebar yang ku kenali kesemuanya...


PAK FIRDAUS (ESQ) Trainer yg melatih aku mengenalkan aku pada ALLAH..saat kita mengingat DIA..pasti INDAH & BAHAGIA..abg bakhtiar,Bro Deen yg kini sudah berumah tangga, keluarga ESQ begitu memberi makna sebenar kesejahteraan dalam ISLAM..

PENSYARAH2 yang ku cintai,.merekalah GURU,MURSYID,SAHABAT bagiku..tribute to TG Ibrahim (rasanya paling famous),En Zulkifli,En Wan Zulqarnain,Engku Thoafah (pasti sejuk melihat wajahnya),Pn Habsah,(my HR mentor),CIk zalina (paling ceria),Pn Nahidah, Pn Fauzilah (paling top),Pn Zaharah (katanya garang??Hehe) En Syamsul (paling berprinsip)..n Ustzh Wan Kuntum (ma’rifatullah)..

kawan-kawanku..gambaran dalam ingatanku lebih seribu orang.xdapat nk menghitung,tapi ku pasti ramai,x dapat juga nk menyatakan nama kesemuanya,yang pasti aku masih sayangkan persahabatan bila mana kau mmberi salam kepadaku dan aku menjawab salam kamu. Begitu juga sebaliknya.

Kawan yang baik mengingatkan kita kepada kebenaran dan kebaikan,sedang kita insan biasa sering lupa dan alpa, Merasa bangga merapatkan diri bersama Khairul Azwad,(ex Pres PMKI) Zaim (MPP),daya pemimpin dari persekolahan mengheret aku sekali turut berjuang,baik dari sudut siasah dan sakhsiah,sukar ku temu yang satu dalam beribu..



kawan-kawan social ku, hubungan didalam kelas aku pastikan tidak renggang,kumpulan lelaki boleh dihitung dengan jari..Abu,chaim,halim,azlie,wan,sopi,fali,herpie dan aiman. Inilah keluarga HR dan aku mengimpikan keluarga HR yg besar terus digabungjalinkan dengan nilai hebat..KASIH SAYANG, Kepada junior2 aku..termasuk SYARAFI shamelin. Haha promote skit produk dia. Hukum senioriti aku bukan pada tua umur dia tapi berilmunya dia..

KELUARGA MPP


kami dijalinkan dengan satu ukhwah mantap,keluarga dipimpin irfanuddin sungguh terpahat dihati,perjuangan tetap sama dan tidak berubah,i miss my MPP family,,moga dapat jumpa kalian semua sekali lagi.
Irfan,kDayah,Ahmad,Asrul,KYan,faizali,asil,izenty,shahid,Ain,KJun,kPah,epul,hadi,Zaim,Nisa. Habsah.

xsemuanya dapat ku ungkap memandangkan kamus kehidupan ku selama 3 tahun terlalu tebal untuk di comprise di dalam tulisan kecil ini.terima kasih,moga Allah memberkati sesiapa yang mengenal diriku..pada diriku banyak keburukan byk kesilapan dosa ku lakukan. Ingin sekali ku peluk insan2 diatas.moga ku dapat bertemu dengan mereka sebelum ku melangkah keluar 29hb April..

sekian surat SALAM dari ku..

8:06 malam
USM 208 KUSZA

6 comments:

A d'Z said...

krg ajr sgt xmention nm ak... grm ni...

Nabil Norhalim said...

ni orang yang ada kt situ lah zaki..yela2 aku letak eh...nama kite tiga orang...hehe..jangan majuk eh..

ASRUL ANWAR said...

yg indah itu budi, yg cantik itu bahasa...kenangan baik buat bekalan diri, kenangan pahit disimpan pengajaran besok lusa..

all the best nabil! aku doakan yg terbaek buat sahabat...thanx atas semua tunjuk ajar, pengalaman setahun bersama. yg baik disimpan, yg x elok khazafkan..yg baik dijadikan teladan, yg x elok harap dimaafkan. :)

RAIHANAH ROZAIMI :) said...

salam..mesti sedihkan meninggalkan tempat yang banyak mengajar kita erti hidup. Yang menjadikan kita manusia berguna.. Namun perpisahan itu wajar untuk menjadi yang lebih baik.. hmm..nice knowing you abg nabil..first time meet you time nak mendaftar..org daftar lambat..abg wat muka tegas( tp nana x takot) lala..mungkin x pasan an..hahha xper..btw, thanx for all tunjuk ajar slama ni..n hopefully u will be a successful man! yes..trust it soo much.. korang dah xde next semmmm (wargh!!)..hhaha

Nabil Norhalim said...

asrul- ya kerna kita manusia pasti ada salah silap..salah silap bermakna untuk perbaiki diri..kita dan orang lain...maafkan segala tutur kata selama kita berjuang,.kata-kata bijak pandai..KLCC tidak akan mampu berdiri tanpa ada orang yg memikirkannya..ITS THE WAY U THINK...
raihanah-ya..adik kecil ini paling excited brjuang..rasanya untuk diri sendiri terlebih dahulu...banyak tanya orang..nmpk effort gagah tu..moga maju dan mantap dalam keluarga MPP yg baru..hehe xde nasihat lain..ITS THE WAY U THINK...Think u want to fly over sky...then beli tiket Airasia eh...hehe

Nadhirah Ahmad said...

eh. ad gmbr kt phuket tu. terkejut beto. tp segan brda d klgn korang mpp. sy warge biasa je kt meja tu