Monday, December 28, 2009

Pementasan DUNIA



PENTAS UNTUK MEMBERI





Hampir sebulan yg lepas.saya,zaim dan atiqah mendapat satu amanat yang kami perlu laksana dan jayakan demi mencapai erti kebahagiaan dalam memberi. Itulah awal mula rangka kerja Camp back to school Orang Asli serendah Rawang. Dengan permulaan budget di bawah par 0,kami mengorak langkah membuat kertas kerja dan modul yg signifikan untuk anak2 orang Asli. Dengan segala kudrat kami mengerah keringat. Perjalanan yang begitu sukar tapi manis dirasa. Kerja kami diteruskan dengan skill Panjat memanjat bangunan2 kerajaan,swasta,korporat dan persendirian untuk mendapat peruntukan bagi anak2 kecil ini.


Namun cabaran dan dugaan datang seiring usaha. Sungguh sukar untuk meneruskan perjuangan dengan semangat MAHU tetap mengatasi MAMPU..kerana itu prog terus diperjuang. Ditambah lagi dengan sokongan penuh galakan Ust MAHADI,ABAH dan k.LIZA menaikkan semangat dengan kata2 motivasi mereka.
Dengan peruntukan yang terlalu sedikit .penggunaannya digunakan semanfaat mungkin dan jauh sekali dari pembaziran dan memenuhi keperluan anak2 orang Asli..kami berserah pada Dia yg maha Mmberi Rezeki. Trnyata benar Allah maha kasih..maha sayang hambaNya..di saat Akhir kami dibantu dengan insan-insan mulia dan prihatin. Kami dibantu Exco Kerajaan negeri,Pekawanis,JHEOA,JAKIM .datang rakan2 sebagai fasilitator, Allah memudahkan segala urusan kami sehinggalah program berlangsung.


PENTAS PRIHATIN DAN SAKSAMA





Camp Back to school adalah camp yang dilaksana untuk mengatasi masalah ketidakhadiran anak2 orang Asli ke sekolah akhirnya mnyebabkn gejala sosial,mabuk,seks bebas menghantui mereka seawal umur begitu kecil. Soal agama? 21tiada agama,23 kristian dan 6 islam.soal bangsa? Mereka adalah orang Asli suku kaum Temuan. Bahasa pun mudah sedikit difahami dan terkenal dengan tarian sewang.


Peserta(anak2 orang Asli) seramai 60 orang(termasuk peserta luar) dengan peserta termuda berumur 8 tahun dan yang tertua 18thun. Menyukarkan kami kerana jurang yang cukup besar. namun apa yang kami kagum adalah mereka tiada langsung sifat ego (senioriti)dan itulah yg mmbantu memudahkan modul kami. Kami gelar mereka LASKAR PELANGI. Kerana sifat dan situasi mereka sama seperti lintang,kucai,boy, dan yg lain2. Walau senakal atau seAKTIF manapun..adik2 peserta sangat patuh pada arahan kami. Dan yang paling penting hbgn kami seperti adik beradik,sangat kasih dan sayang menyayang antara satu sama lain,. Mereka menginginkan seseorang menceritakan tentang ilmu,tentang dunia,tentang baik dan buruk,tentang kebenaran, dan mengajarkan bagaiman cara hidup yang sempurna. Adik2 peserta merupakan anak2 pintar yang kebanyakan kacukan dari sabah.

Temanku..adik2 ini sudah diberi peruntukan percuma belajar dan menginap di asrama, dah dipermudahkan untuk menuntut ilmu. Cuma ada sesuatu yang kurang diberi oleh umat manusia kalakian.itulah kasih sayang jarang sekali Peluk,belai,usap,sisih rambut adik2 dan pandu MAHU mereka.
Kami Protraining tidak datang dan pergi. Insyallah dengan izin maha kuasa kami akan menyusun program sepanjang tahun 2010 untuk anak2 orang Asli dan insyallah seterusnya sehinggalah mereka menjadi manusia hebat.

3 comments:

aunieZ said...

bahagia jika dapat melihat orang lain yang kita tolong mencapai kejayaan walaupon sedikit sahaja pertolongannya
bahagia sungguh jika dapat melihat orangyang bahagia

Nabil Norhalim said...

terasa kebahagiaan bila MEMBERI..begitu hidup kita..kena sentiasa memberi baru kita merasa bahagia..adik-adik2 ini berlainan dari adik2 di bandar dan yg lain..kasihan sebab pengaruh yg datang terlalu awal..mereka turutkan tanpa tahu wajah sebenar pengaruh..kesan ke atas diri dan hidup..perlu ada yg memandu mereka..kita lah mahasiswa yg berkhidmat bukan pada kertas tapi pada masyarakat...

latahzan_ikhsan said...

mabruk atas usaha yang amat baik ini..
asif tidak dapat menghadirinya..
teruskanlah perjuangnmu nabil..insyaAllah lebih besar lagi medan kampus kusza yang perlu diteroka..bersamalah kita bergandingan memebawa pengislahan kepada masyarakat..khasnya masy.kampus la..perbezaaan manhaj membawa rahmat dan saling memerlukan..masyaAllah..tahniah kerana bagi adik2 org asli ini pastinya lebih besar perjuangn akidah yang perlu ditempuhi mereka..wallahua'lam