Thursday, October 7, 2010

Pembinaan tamadun Malaysia

terperangkap dalam medan ilmu seperti jiwa-jiwa sedang beperang, begitulah ketika saya menulis tentang perbincangan ini dalam kerja kursus tamadun Islam Tamadun Asia, sedikit tentang objektif kajian kami fokuskan kepada pembangunan tamadun Malaysia, negara tanah tumpah darahku, pasti bangga jika dapat berkhidmat walau hanya secebis helaian tulisan.

secara keseluruhan kami merujuk kepada tamadun india sebagai teras pembangunan tamadun Malaysia, kami menjurus kepada tamadun yang dibina diatas entiti Rohani yang wujud dalam tamadun India sekian lamanya. itulah dia Kepercayaan & Nilai. ketika hendak capai di puncak gunung perlu ada mehnah & tribulasinya..cabaran & halangan inilah masalah yang bakal menjadi peluang ke arah ketamadunan Malaysia.

• Mehnah & tribulasi kepada pembangunan tamadun Malaysia

Malaysia sebuah Negara membangun sesuai dengan model-model pembangunan tamadun yang dicanangkan, kesan Sejarah menjadikan Malaysia sebuah Negara ynag mempunyai variasi etinisiti, bahasa dan dialek mengikut kawasan tertentu.kepelbagaian menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang unik.

Telah tertulis di kitab sejarah kemanisan kemerdekaan belum sempat dirasa nikmat sepenuhnya, jurang perbezaan kawasan, sektor pekerjaan bahasa dan budaya mencetuskan ketegangan antara kaum dan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pelbagai usaha kerajaan dari sudut Top Down diperkenalkan, penubuhan MAGERAN, Jabatan perpaduan, Jabatan Sosial Negara. Dan segala usaha-usaha murni yang dijalankan agar perpaduan etnik mencapai kata tuntas dan menyerikan Malaysia sebagai Negara satu bangsa.

Pemerintahan Gupta,Maurya & Asoka dalam tamadun india yang sekian lama sebagai contoh turut mengundang variasi etnisiti dan menyebabkan wujudkan kerencaman dan perbezaan budaya, dengan kebijaksanaan pemerintah umat manusia di bawah empayar mencapai kesatuan sosialisasi dan menjadi satu bangsa yg berjaya suatu masa dahulu.

Begitu halnya dengan Malaysia, tujuan mencapai bangsa Malaysia adalah merupakan salah satu wawasan. Satu dasar, penjenamaan sebuah Negara menuju era ketamadunan dan kecemerlangan Negara. Lantas ketamadunan Malaysia tertulis dalam kamus sejarah dek kerana bangsanya.

Persoalannya, Apakah Malaysia pada hari ini mencapai kepada tahap bangsa Malaysia dan mencapai perpaduan antara etnik, Menurut Dr Shamsul Amri Baharuddin Hubungan Etnik di Malaysia masih berada di tahap Stable intentional. Masih aman tapi belum menunjukkan kesatuan yang sepenuhnya, masih ada prejudis, streotaip yang tertanam dalam minda fikir kaum masing-masing.

Karenah birokrasi dari pertukaran pemerintahan, saling bertukar konsep , dasar memperlihat ketidak sediaan kearah membentuk Negara Malaysia menjadi sebuah Negara bertamadun. Jabatan Perpaduan Negara yang berpindah randah dari satu kementerian kepada kementerian yang lain, begitu juga perjuangan dari aspek pendidikan, sekolah berwawasan masih di takuk lama, cabarannya teori kesatuan indah dibaca, dasar perpaduan indah dikhabar, perlaksanaan jauh dari sangkaan.

Kemasukan anasir-anasir luar membentuk budaya hedonism yang sangat meruncing dikalangan remaja, generasi muda yang akan membangun tamadun Malaysia kini dicemari dengan budaya yang kurang enak, seperti melihatkan teori keterbalikan tamadun ibnu Khaldun. Nilai-nilai murni turut pudar dalam pengamalan kerja sehari-hari melihatkan peningkatan kadar Rasuah, Jenayah, Kezaliman dan penindasan orang yang lemah, Krisis ini masih lagi bernyawa dan semakin hidup di Malaysia.

Inilah Mehnah & tribulasi di Malaysia, kita dapat lihat dari karenah kepelbagaian kaum untuk memupuk perpaduan terus kepada karenah perlaksanaan yang tidak pernah tetap pendiriannya kearah ketamadunan umat dan akhir sekali asset kepada ketamadunan itu sendiri yang kini rosak dimamah unsur-unsur negatif dalam diri. Sebagai langkah mengatasi kemaslahatan ini sedikit metodologi akan dinyatakan dalam perbincangan seterusnya.


• Harapan : Malaysia sebuah Negara Bertamadun

Negara Jepun suatu ketika dahulu terkenal dengan prinsip bushido yang dipegang, golongan kesatria samurai mempunyai prinsip hidup bunga sakura sebagai lambang kehidupan. Tun Dr Mahathir dalam ucapan di konvensyen Pelajar Melayu menyebut “ maju mundur sebuah Negara adalah kerana Budayannya”. Begitu halnya dengan pembangunan tamadun Malaysia, Nilai!

Nilai-nilai murni yang diamalkan seharian akan membentuk akhlak (Behavior), Akhlak yang menjadi cerminan kepada ketamadunan rakyat Malaysia, Imam Al-Ghazali mendefiniskan “akhlak adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa mendahului akal fikiran,” kerana itu nilai-nilai murni seperti jujur,amanah, berintegiriti, berkasih sayang, prihatin perlu diamalkan agar membentuk akhlak.

Bayangkan bagaimana umat manusia di Mekkah Kaum Quraisy yang jahil dengan menanam bayi perempuan hidup-hidup mampu ditamadunkan dan melahirkan akhlak yang sangat indah, itulah halnya kepercayaan kepada Tuhan, Kini termaktub didalam perlembagaan Malaysia adanya Agama Islam sebagai agama rasmi sedang agama lain boleh dilaksanakan dan perlu dihormati. Inilah titik mula kearah ketamadunan Malaysia,

Malaysia mampu mendaki puncak tertinggi dalam bidang sains & teknologi, perkembangan sektor ilmu pengetahuan dari pembinaan Universiti dan institusi pendidikan yang lainnya, mampu melahirkan institusi kemahiran yang menampung masalah sumber tenaga. Mampu membina menara gagah tinggi sebagai lambang ketinggian ilmu yang dimilikinya. Namun, Apakah Malaysia mencapai perpaduan dari sudut Kecerdasan Emosional (EQ), dan mencapai Akhlak dari sudut Kecerdasan Spiritual (SQ).

Malaysia, penuh pengharapan jika rakyatnya yang berbilang kaum, berbeza agama dianuti kembali kepada Tuhan, kembali kepada ajaran Agama, tiada Agama yang mengajarkan tentang keganasan, perpecahan, rasuah dan penindasan. Kerencaman ini bukan lah perlu digadai Prinsip namun dari perbezaan inilah kita bertembung dengan Nilai-nilai murni yang diterima rakyat semuanya. Nilai Jujur, Berwawasan, bekerjasama, berkasih sayang, Prihatin dan sebagainya.

adaptasilah kejadian alam ciptaan Allah sebagai pedoman kita, arus panas dan sejuk dilautan apabila bertembung, kawasan itulah yang paling subur sebagai makanan ikan di lautan. Begitulah jua Malaysia, ketamadunan dapat dicapai jika perbezaan diurus dengan bijak dan jadikan ianya bertembung (interaksi) agar lahir benih-benih subur kearah masyarakat yang harmoni (EQ), dan berakhlak mulia (SQ).

No comments: