Monday, August 8, 2011

RAMADHAN BERTAMU


kini DIA datang bertamu, menyajikan suatu medan yang luas terbentang, suatu pesta ibadah, dijanjikan padanya ganjaran pahala berlipat-lipat kali ganda. dialah RAMADHAN yang mulia. hadiah yang disediakan Allah buat hambanya.sungguh dialah yang Maha Kasih Maha Sayang pada kita.

ya, aku, kamu dan mereka yang mengaku islam pasti tidak dapat lari dari kotor noda DOSA. diberikan kita mata sempurna tapi kita sering melihat perkara mungkar & maksiat, diberikan kita mulut, kita banyak mengata mengeji sesama sendiri. tangan dan kaki digerakkan bukan untuk pengabdian kepada Allah. sungguh dosa-dosa jika dihimpun ibarat pepasir di pantai.



disini kita dihimpun dibawah RAHMAT, jika nadi masih berdenyut itu tanda rahmah Allah masih ada untuk kita, kita masih lagi diberi kehidupan menjalani setiap malam-malam ramadhan. namun, aku kamu tidak dapat menjamin. apakah ada hari esok untuk beribadah, bertahajud, berterawih, memohon diampunkan dosa, memohon dihindarkan dari azab neraka yang sangat pedih dan dahsyat. sungguh DIA lah yang menggenggam kehidupan. denganNya kita dihidupkan dan denganNya kita dimatikan. terpisah segenap keseronokan dunia, terpisah segenap harta yang melimpah, hotel, banglo, kereta mewah. keluarga. pasangan.



Ada yang berpuasa, tp kerana ingin kurus, kelihatan ramping dan langsing, ada yang berpuasa kerana ingin mendapat saguhati, atau malu kerana ada yg lebih muda kuat puasa. puasa jadi sia-sia. puasa lah kerana SYAHADAH kita. kita berpuasa kerana Allah, yang disampaikan syariatnya melalui Rasullullah s.a.w. berpuasa kerana kita ingin membentuk akhlak mulia yang lahir dari SOLAT, akhlak mulia lahir nilai jujur, tanggungjawab, berjamaah yang disebut sebagai FITRAH dan kita ZAKATkan kepada yang lain. puasa juga ertinya bergerak, bangun beribadah, seperti perihal siti Hajar berlari kecil, menjadi teladan di Musim HAJI. dan akhirnya terpancar air zam-zam. tanda kemenangan buat umat islam. setelah sebulan BERPUASA.bermujahadah memerangi nafsu.



itulah dia 5 Rukun ISLAM. yg saling berkait satu sama lain. dari syahadah, solat, puasa, zakat, dan haji.semoga kita sama-sama menjulang sijil TAQWA. seperti firman Allah, "wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa, sepertimana diwajibkan keatas orang-orang sebelummu berpuasa, semoga beroleh ketaqwaan" Albaqarah:183

salam Ramadhan kareem.


No comments: