Saturday, May 21, 2011

Kursus Asas keUsahawanan Siswa beriman.



lama rasanya tak melabuh firasat rasa, pandang fikir, dan lafaz zikir, pada lembar blog ni, rasa usang berhabuk berkarat tidak dijenguk, Alhamdulilah, syukur pada ilahi masih bernafas pada udara yang diberi rabbi, masih dikurniakan nikmat paling besar yakni iman dan islam.

entry kali ini, aku ingin sekali mengkhabarkan satu cerita, satu kisah pengalaman pengembaraan kepada evolusi keusahawanan dalam diri, rupanya nilai insaniah keusahawanan itu bukanlah barang murah dalam diri kita,tapi suatu permata berharga ada nilainya, perlu digilap rapi, supaya dipandang dunia akan kilau sinarnya.

kisah ini adalah kisah kursus asas keusahawan siswa UPM siri 20/21. atau nama manjanya KAKS,kursus yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di hotel impian morib,banting. dihimpunkan mahasiswa/wi seramai 89 orang, membentuk kumpulan semasa ice-breaking, kemudian dijamu lagi dengan motivasi pada peringkat awal, membuka saluran-saluran nafsu keusahawan pada tujuan yang benar.

ya, betul kata pakar motivasi, kita disuntik semangat sederhana, cukup,kalau kaya banyak dosa, harta banyak, nanti banyak ditanya, betul lah tu, tapi kita sering terperangkap kalau mengaji tak habis, tertutup langsung pintu dunia, akibatnya mengejar akhirat yang disana. ada yang sanggup meninggalkan anak isteri kerana urusan dakwahnya, sedang dirinya tak mencari keperluan nafkah didunia. aku terbaca mengenai maksud sebenar zuhud yang diberitakan, zuhud itu maknanya dunia ditangan dan akhirat dihati. erti nya biar kita berkuasa atas ekonomi, tapi hati tetap mencari redha ilahi. bukan dengan meletakkan dunia di hati, nanti jadi hubbub dunia, cintakan dunia kan binasa, kelak kita pasti akan mati.


hari kedua memang dahsyat, tapi best, kami dipasak perasaan terdesak, desperate giler la, ada target RM250 pastu kena cari jalan pulang ke hotel, nk jual produk ka-ki-ku, kaki aku pun melecet, haha. itulah perlumbaan yang bakal memuntahkan bakat2 usahawan terpendam, masa itulah tebu membiak baik dibibir, produk laris terjual, ada merayu, ada yang buat servis, ada yang jual baju, jual air, jual keropok,jual pen, memang happening dan berkesan. lepas game tu, bila ada salesman dtg kat kita kat meja makan, nampak macam kita pulak kat depan mata,.. barulah terasa apa yang salesman rasa. lepas peristiwa itu, aku sentiasa melayan salesmen dengan baik.

pengurusan kewangan, rancangan, kreativiti & inovatif semuanya diserap sebagai input bermakna bagi kami, kena puji kena keji, kena kutuk, tapi semua itu untuk membina sebenarnya, itulah namanya proses latihan. proses perubahan dalam diri. tapi geng2 kaks memang idea gile2 kreatif, imaginasi dah power nk jalankan tu je yang prob. apapun mereka memang mantop rasa kerdil je ngn budak2 kaks ni. paling bersyukur sama-sama nusa bangsa berkongsi ilmu bersama. rasa bersama itu kekuatan sebenarnya.

kemudian ada sesi penceramah bertanya seorang perorang, diantara kami tentang tujuan HIDUP?? ramai yang bg tau tentang cita-cita, yang harus digenggam sebelum sampai lanjut usia, cuma aku dan pian jawab MAti!!.. walau dalam nada berbeza satu sudut lain ada maknanya yang sama, ramai terkejut, aku pun terkejut sekali..ya MATI itu bukan menggenggam, tapi saatnya melepaskan..segala isi dunia, anak, isteri, rumah, harta raya, jalan raya, baju raya. semualah yang kita rayakan didunia. ya memang benar itu tujuan aku,MATI, tapi bukan mati bunuh diri, mati dicabut izrael..aku ingin sekali matiku bermakna, ketika aku hidup aku kaut sebanyak yang mungkin, dan ketika aku mati, aku tak ingin ada disampingku walau satu sen. se sen itu bukan kerana bankrupt, bank lelong, atau ditetak ah long, tapi habis segunung harta dizakatkan kejalanNya.

last trip segala usaha kami menjana wang, dengan semangat yang gigih, kental, berapi2. kami sumbangkan kepada rumah anak yatim di kanchong darat. Nauzubillah bukan nk tnjuk riak buat amal, TAK, tapi nk bagitahu inilah kehidupan. sesi terakhir KAKS ini sangat penting kepada usahawan,jutawan,hartawan. sesi ini memberi gambaran sebenar akan tujuan kenapa DUNIA itu perlu digenggam dengan gigih, sebab kita ada orang yang memerlukan perlu kita BERI..



nak dikisahkan banyak, tapi aku ringkaskan sampailah kepada perenggan ringkasan. aku pegang kata mentorku, 9/10 rezeki datang dari niaga..9/10 orang niaga masuk NERAKA. Ya Allah jauhkan la aku dari golongan 9/10 itu.. dan katanya lagi sebelum usahawan jadilah susahawan. susah2 dahulu, sikit2 dahulu, insyallah. yang penting istiqamah. setiap sesuatu ada hikmahnya. dan peganglah pada ayat seribu dinar. Allah lah yang memberi rezeki..iktikad yang itu!!.
baiklah sampai sini saja...
jumpa lagi..

salam usahawan,jutawan beriman. amin.

No comments: