Thursday, March 3, 2011

IQ - EQ - SQ

Dengan nama Allah yang Maha kasih Maha mengasihani

Apa yang akan aku ceritakan nanti tidak sama sekali dengan apa yang aku rasakan. Benarlah kata para hukama’.. pengalaman adalah ilmu yang tidak boleh dipindah milik dengan begitu mudah. Bahkan dari tulisan tanganku yang tidak seberapa ini. Namun sekadar untuk mengkhabarkan kepada teman-temanku bahawa wujudnya pengalaman seperti ini. Namun perlulah kita beriman ini bukan ciptaan manusia semata-mata. Tapi adalah anugerah dan ilham dari yang Maha Mengetahui.

Ini adalah pemahaman dari pengalaman di dalam ESQ awal penghujung tahun 2009. ESQ adalah penemuan(ilham) kajian atas pembangunan Sumber Manusia. Yang aku rasakan melebihi ,malah lebih baik dari teori pembangunan Dr Stephen Covey “7 Habits of Highly Effective People”.

Intelligence Quotient(IQ)



Seperti lazim kita ketahui. Saban tahun dahulu manusia mencari kekuatan kecerdasan intelektual IQ, ibu bapa akan mengutamakan anak-anak agar mendapatkan pengetahuan yang serba luar biasa, bahkan jika anak pandai membaca akan dipaparkan didepan akhbar dan media. Tinggi nya kecerdasan adalah melihat keupayaan menghitung, membaca, menghafal, formula, dsb. Namun kerana kecerdasan ini sahaja manusia melakukan jenayah dengan ketinggian IQ. Jenayah kolar putih, jenayah siber dsb. Dengan IQ sahaja tidak cukup. IQ juga melihatkan kepada FIZIKAL. Bentuk yang dapat diperlihatkan. Atau juga kepada perbuatan manusia itu sendiri.

Emotional Quotient (EQ)


Para psikologi yang mengkaji banyak berkaitan perkembangan manusia, dan menemukan teori kecerdasan emosi mengaitkan dengan kebangkitan manusia sesama manusia. Manusia memuji, manusia menghargai, manusia beremosi dengan situasi, jika ada kematian, walau dalam hati sedang bergembira menukar emosinya untuk turut bersedih atas kematian. Bukan sekadar melahirkan simpati malah juga melahirkan rasa empati, kasih sayang. Dan yang lain-lain. Namun dengan EQ dan IQ sahaja tidak cukup. Kerana ketinggian kemahiran manusia berfikir maka terbentuk jambatan tertinggi , “golden gate” dan disana juga tempat famous orang bunuh diri, saban hari dan ketika.

Spiritual Quotient (SQ)


Penemuan baru di Oxford dan Havard memperlihat kecerdasan ketiga dan teragung wujud dalam pembangunan diri seseorang manusia itu. Inilah kekuatan yang “ultimate” yang tertinggi. Kekuatan manusia apabila bergantung kepada tuhan. Hidup dengan nilai-nilai kebaikan. Merasakan ada yang melihat. Dan meletakkan tuhannya menjangkaui segala. dan SQ ini tidak boleh bersendirian kecerdasannya.jika bersendirian boleh diumpamakan dengan seorang petapa didalam gua. Berasing dengan manusia. Berasing dengan teknologi dan pembangunan. SQ ini perlu digabungkan dengan EQ perlu di zahirkan dengan IQ. Barulah membangun manusia yang luar biasa.


Teori model inilah yang ditulis dan ditemukan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian.juga diadaptasi kepada sebuah kursus latihan. ESQ way 165.
perjalanan selama 2 hari kursus memberi impak besar kepada hidup aku dan seterusnya. dan aku merasakan kekuatan ESQ dan kebergantungan kepada Allah. meyerikan lagi rumahtangga. mengeluarkan produktiviti kerja. melahirkan profesional beriman. melahirkan krativiti dan inovasi.

perjalanan tentang Model ESQ way 165 akan aku khabarkan pada entries akan datang.

stay tune.
jazakallah, Maal salam waila liqo'