Monday, February 1, 2010

Pimpin dan Dipimpin




Genap sebulan januari..mungkin ada yg mendaki di bulan ni mungkin ada yg berlari atau ada sahaja yg berjalan kesana kemari..pokokny..kita bergerak kerana masih lagi bernafas..masih lagi dikurnia nikmat hidup,sihat dan yg penting nikmat ihsan,iman & islam 165.. memintas serba sedikit apa yg berlaku sepanjang januari.

Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010


Dalam sejarah UDM..kali pertama adanya election,sistem pengundian, rapat umum dan sebagainya peratusan keluar mengundi juga agak memberangsangkan sesuai dengan umurnya yg bari pertama kali. Majlis Perwakilan Pelajar secara sahnya menandatangani akur janji..bersama Dato’ NC di Primula Resort dan sijil Penghargaan diberikan kepada Mantan MPP..terasa dan Pencen pula. Tahniah diucapkan kepada MPP baru..semoga selamat menjalan tugas..kemenangan Cuma sedetik..yg perlu dan paling penting adalah mengisi kemenangan..isilah sebaiknya..

Kem Ibadah & Motivasi Diri

Satu hari sebelum program saya dapat call dari zaim supaya menggantikan tempat menjadi fasilitator untuk kem ibadah. saudara azwad juga menggantikan saudara taufik..mungkin dah ditakdirkan kami mencurah,membantu dan memberi sedaya mungkin. Tiba hari nya 200 pelajar ting 3 & 5 mendaftar dan kami Cuma berlima. Di ketuai ust Hafiz dari jabatan mufti Pahang kami mengorak langkah merangka modul sesuai dengan dasar Kem ibadah. Kami perlu mencetuskan budaya ilmu di sepanjang kem. Adik-adik disekolah SMK pelabuhan Kuantan alhamdulilah, baik2 kalau nakal pun sikit2 jer. Biasalah jiwa muda dan mencuba. Pengalaman kami bersama tidak dapat dilupakan dan hubungan kami tidak terputus selagi di facebook..hehe.



Moga adik2 SMK Pelabuhan kuantan mempraktikkan segala teori menjadi amalan seterus tabiat dan menjadi akhlak itulah peribadi luhur yg cantik terukir..adik2 merupakan wakil Allah terhebat muka bumi..tiap-tiap masalah pasti ada jalannya..pasti ada. Mendoakan mendapat yg terbaik di dalam PMR dan SPM.

ada masanya kita memimpin dan ada masanya kita membenarkan diri dipimpin..namun ada satu part yg x boleh orang lain nk pimpin cuma kita je yg boleh..event Dato Seri Najib mahupn obama..itulah dia Kerajaan HATI..jangan biar kerajaan ini dikuasai oleh pemberontak NAFSU..pandulah ia sebaik mungkin..gunakan kepakaran barisan kabinet AKAL..membangun kerajaan menuju yg ABADI..

No comments: