Selalunya, ada orang yang suka bercakap besar, berbangga
dengan kelebihan yang dia ada, berbangga dengan kemampuannya menyelesaikan
sesuatu masalah; selalu kan kita dengar, “kan aku dah cakap, kalau tak kerana
aku, takkan boleh setel benda ni,” ada juga orang yang berbangga dengan tubuh yang
cantik, wajah yang handsome. Berbangga seperti itu namanya “riak”. Orang tahu,
orang nampak, orang dengar. riak ini cepat menempa umpatan dari manusia. sebelum dikeji makhluk dilangit. kita minta jauh. amin.
Keduanya, dipanggil “ujub”. Ujub ini datang bila
seseorang itu dipuji. “wah hebatlah kau bagi ucapan tadi,” kita rasa bangga
dalam hati, kita mula berbuat kebaikan untuk dilihat orang akan kebaikan kita,
kita mendirikan solat, ketika orang ramai di masjid, supaya kita dilihat
sebagai abid(ahli ibadah) , Disinilah melandanya fenomena “LIKE” di facebook. Bila
kita upload status yang baik, mengajak orang membuat kebaikan, berpesan-pesan
dengan kebenaran. Kita dapat banyak “like” kemudian situlah timbul rasa ‘ujub’
ini. Dalam hati kita rasa. “Eh bagus juga tulisan status aku, ramai yang ‘like’
ni. Bahaya ujub ini ialah,. Ianya akan memadamkan pahala kebaikan-kebaikan yang
kita buat. Kosong…kosong…. Kerana niatnya itu bukan kerana ingin berpesan
kerana Allah tapi kerana ingin banyaknya like dari kawan-kawan. Tak siapa tahu
kita berbangga tapi Allah tahu, hambanya sedang memalingkan “LIKE” dari Aku dan
mendambakan “LIKE” dari manusia.
Masih belum habis lagi, ada satu lagi level yang ketiga,
selepas ujub. Ini yang paling bahaya, ada orang berbuat kebaikan secara
sembunyi, tidak dilihat orang, kawan-kawan. Kemudian timbulnya "Sumaah". dalam hati berbisik“Oh
Alangkah baiknya, jika ada orang yang tahu kebaikan yang aku lakukan, dan
sampaikan kepada orang lain”. Checkmate!!!.
Ubat bagi penyakit hati riak, ujub dan sumaah adalah ikhlas.
Ada kisah dalam hadis yang panjang. Kisah Muadz dengan Rasullullah, berkenaan
penyakit-penyakit hati sehingga sahabat Nabi Muhammad saw menangis teresak-esak
kerana takut jika penyakit itu hinggap dihatinya. Itu sahabat, kita apatah
lagi.Allahuakbar, jauh bagai langit dan bumi, Jika malaikat mengangkat
amalan-amalan kita. Belum kelangit pertama, bumbung rumah kita pun tak lepas.
Tapi jangan jadi manusia hati tikus.!! Eh tak nak buatlah
kalau macam tu. Takut berbuat kebaikan kerana takut dapat penyakit hati, takut
jadi pemimpin, takut jadi imam. Sedangkan kebaikan itu perlu dilakukan secara
berterusan, (istiqamah) dan bersungguh-sungguh (Itqan), bukankah berpesan-pesan
dengan kebenaran itu kewajiban. Bangun menentang penindasan, kezaliman itu
wajib. Kita betulkan niat, dan saling ingat memperingatkan satu sama lain, buat
semuanya kerana LIKE dari Allah.
Senyum.
1 comment:
Salam sejahtera.
molej gak kupasan gini... tak apalah
tak ader org like asal message sampai betul tak? kalau yg kita tulis boleh buka pintu hidayah utk
org itu lebih bermakna dari org like
silent like tu lebih penting.
Post a Comment