Ketika akhir tahun 2009, saya
mengalami satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan, saya berjaya menjawab pertanyaan khusus yang selama ini saya tahu jawapannya. Walaubagaimanapun
jawapan itu perlu dipegang sehingga saya mati.
Waktu itu, kami didudukkan secara berpasangan, lelaki
dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Tapi dia menjawab setiap jawapan
dari saya. Soalannya itu sebegitu mudah,
SIAPA KAMU?
Jawapan pertama saya, saya Muhammad Nabil Norhalim.
Dia : Itu nama kamu, kawan-kawan, keluarga boleh panggil dan
boleh tukarkan nama itu.
Jawapan kedua saya, saya anak kepada Norhalim (Abah) dan
Kamariah (ummi)
Dia : Tidak selamanya kamu jadi anak, kelak kamu akan
menjadi suami dan ayah.
Jawapan ketiga saya, saya seorang pelajar di UDM (ketika
itu)
Dia : Tidak selamanya kamu bergelar pelajar, kamu akan
berkerja dan digelar pekerja.
Saya menjadi buntu dan persoalan mula muncul dalam benak
fikiran. Siapakah aku, jika gelaran aku bukan diriku, jadi siapa sebenarnya
aku.?
Dia lantas memeluk aku dan membisik di telinga aku dengan jawapan
yang sebenar-benar jawapan. “Sahabat, Kita adalah hamba, sejak lahir sehingga
mati. Istighfar sahabatku, apakah pada jawapunmu tiada satu kau berbalikkan
hati dan fikir kepada Tuhanmu, sedang Dia yang menciptakanmu, sedang Dia yang
membenarkan kau berpijak di bumi milikNya”
Ya, itu menjawab semuanya. Aku agak lewat menetap sikap dan
berpakaian dengan status ini, status hamba buatku merasa bangga kerana kita
bukan lagi hamba keduniaan, kita tidak lagi hamba kepada sesiapapun, hanya saja
kepada Allah swt tuhanku.
Status Hamba telah ada pada setiap manusia, namun manusia
lupa dan mengaku diri mereka tuan, lebih malang lagi yang mengaku diri mereka
tuhan. Peringatan demi peringatan, pesan demi pesan perlu kita sampaikan dengan
ucapan “mari menjadi hamba”.. @Langit Ilahi.
Bukankah dahulu kita pernah memeterai perjanjian kontrak
hidup denganNya.
Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam
(turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi
terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya):
Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan
kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari
kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini. (172)
أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ
قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ
BUKANKAH AKU TUHANMU? BAHKAN
ENGKAULAH TUHANKU!
Menjadi hamba punya tugas dan peranannya, kita perlu
menunaikan kewajipan rukun islam yang lima (5), dan berprinsip dengan rukun
iman yang enam (6), dan menjaga hati yang satu dengan ihsan (1). 165. Kerana itu
no plat kereta saya BLP 165. Hehe. Semoga kita semua menjadi hamba, dan marilah
berpesan-pesan agar kita semua diredhai Allah.
salam, senyum, sahabat.
No comments:
Post a Comment