Seperti lazim saya akan siapkan kelengkapan training didalam
dewan, itu hal biasa, kami perlukan 1jam untuk siapkan segala kelengkapa audio
visual kit untuk program. Program pun Alhamdulillah bermula dengan amat baik
sekali, ketika kami makan tengahari pada senggat masa 1 hingga pukul 2 petang,
senggat waktu yang sangat singkat, jadi kebiasaannya tak perlu lah kunci pintu
dewan. Kemudian bila kami masuk untuk sesi seterusnya, seorang peserta bertanya
tentang ipad2 miliknya yang diletakkan diatas meja. Ah sudah, question mark??? Siapa
pula yang ambil.
Siasat punya siasat Cuma ada 1 orang je pekerja yang hantar
air sebanyak 2 kali, 2 kotak, sedang 1 kotak dah cukup kerana peserta tak
ramai. Pekerja itu jugalah yang kunci pintu kami bila waktu tengahari sedangkan
tak disuruh.hmm.. tetiba saya jadi detektif Conan menyiasat time frame dari
pagi hingga tengahari. Menyusun beberapa suspek, menyediakan beberapa
kemungkinan dan alibi setiap suspek. Bak kata Conan, “there’s only ONE Truth!”
Saya agak bimbang, sebab bila kehilangan sesuatu yang
berharga, tentu peserta tak boleh mengikuti training dengan sebaiknya. Tambah lagi
sebahagian dari peserta dah tahu tentang kecurian. Tapi ini yang unik dengan
peserta kali ini. Mereka sangat COOL !!! kesemua peserta telah terkeluar dari
senarai suspek. Sebab background mereka yang cool, ada diantara mereka punyai
title Dr, Ir, Dato Seri,..ada yang punya harta, punya kilang, punya korporat
dll. Mereka ini datang sebagai jawatankuasa Masjid, sebahagian berkhidmat
secara percuma. Malah tambah lagi peruntukan Masjid.
Kenapa saya kata mereka COOL, sebab peserta yang hilang
ipad2 tu relax je, and enjoy our training, boleh gelak2 macam takda apa yang
berlaku, mungkin sebab bagi dia ipad2 tu
macam buku nota.. baguslah,..(lega rasa sebab emosi peserta tak terganggu dan
menerima mesej dalam training). Satu lagi cool ialah ketika domestic inquiry
yang dijalankan oleh intekma resort. Peserta tu tersangatlah professional dan
ada agama. Sebab saya lihat kes ini dihandle dengan sangat tenang, dia pun x
menuduh, tapi memberikan ketegasan beban dan tanggungjawab kepada pihak intekma
resort. Ada agama, kerana dia yakin sesuatu yang berlaku itu ada hikmah dan
pengajaran.
Akhirnya, setelah digeledah satu intekma, pihak penyiasat
intekma pun geledah dewan kami, dan jumpa ipad2 diatas corong air-cond di bilik
teknikal. Kami pun tak tahu pintu itu boleh dibuka. pekerja itu tetap tak
mengaku, dan tak tahulah apa tindakan dari pihak intekma resort. kes ini mungkin
memberi kesan kepada imej. Walaupun hanya curi ipad2. Pihak intekma terpaksa
makan kos kepercayaan dari customer, kos keselamatan dsb. Hanya kerana
pekerjanya hilang sifat jujur.
Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari, Of Course Do Not
Steel!!, ever! , but most things we learned is BELIEVE!!..percaya pada setiap yang
berlaku. Percaya pada Qada’ dan Qadar Allah.
Senyum.
No comments:
Post a Comment