Monday, June 22, 2020

HUGO CABRET the movie

Hugo Cabret : everything has a purpose, even machine. clocks tell the time and train takes you places, they do what they're meant to do,maybe its same as the people. if you lose your purpose, its like you're broken. i'd imagine the whole world was one big machine, machine never come with extra part, u know it. they always come with the exact amount we need. so i figured if the entire world was one big machine. i couldnt be an extra part. i had to be here for some reason. and that means you have to be here for some reason too.


Thursday, March 26, 2020

Apa yang kita boleh belajar dari "The Platform" ?

IMDB Rate 7/10. Aku melihat movie ini dari sudut pandang kemasyarakatan. Bagaimana manusia bertindak dan bertingkah diatas lumrah semulajadinya dan bagaimana sistem yang ada sekarang ini Tidak memanusiakan manusia yang sifat semulajadinya adalah binatang. “obviously”
Latarbelakang. Movie ini mengisahkan seorang protagonist, watak utama yang Namanya “Goreng”. Kalau diambil dari Bahasa melayu. Maksudnya, satu proses masakan menggunakan minyak. Sedap tak sedap. Kena tengok cerita ini sampai habis. “Goreng” (watak utama) secara sukarela memohon untuk masuk ke dalam “the Platform” dengan tujuan untuk berhenti merokok dan mendapatkan diploma. Nama lain The Platform seperti mana pentadbiran dengan bangganya menamakan ia “Vertical Self Management Center”.
Setiap tingkat akan ditempatkan dua orang tahanan dan setiap 24 jam platform akan berhenti di tengah-tengah lubang selama 2 minit. 2 minit adalah waktu untuk makan apa sahaja yang terhidang atau tersisa dari mereka berada di tingkat atas. Setiap bulan tahanan akan dipindahkan ke tingkat yang berbeza secara rawak sehinggalah tempoh tahanan tamat. dalam cerita ini. Goreng ditahan selama 6 bulan dan akan duduk di 6 tingkat yang berbeza. Dengan pengalaman yang berbeza.
Aku cuba pecahkan subtopik ulasan dengan katakunci supaya kalian faham apa signifikasinya terhadap keseluruhan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarah. (pada pandangan aku lah) yang kita boleh belajar daripadanya.
Katakunci : Buku. Pentadbiran (kerajaan), Realisme, The Wiser (Yang ‘Alim), Pengorbanan dan Mesej.
1. Buku.
Antara kelebihan untuk masuk kedalam sistem ini. Setiap dari tahanan boleh membawa satu barang. Ada yang bawa pedang samurai, ada bawa pistol, Trimagasi, Roommate pertama goreng, bawa pisau. Goreng pilih untuk bawa buku. Menariknya, buku yang dia bawa adalah Buku Don Quixote karya Miguel De Cervantes. Don Quixote ini adalah buku yang agak famous di Spain dan ada signifikan terhadap apa yang Goreng buat dalam sistem tersebut. Quixotic maksudnya terlalu idealistic dan tidak praktikal.
2. Pentadbiran (Kerajaan)
Dalam karya ini, setiap makanan yang diletakkan di platform akan dipastikan terbaik dari kualiti, rasa dan bau makanan tersebut. Naratif yang cuba disampaikan adalah, Apa yang disediakan oleh Pentadbiran yang paling terbaik sekalipun, belum tentu dapat dirasai oleh setiap orang. Oleh kerana hieraki manusia di susun secara vertikal, Ketamakan dan akan menganggu sistem pengagihan kekayaan. Tapi kerajaan itu tidak tahu (atau buat2 tak tahu) yang sistem mereka sedang korup oleh itu mesej perlu dihantar ke mereka di tingkat 0.
3. Realisme
Realism adalah keadaan dimana kita memahami hakikat sesuatu perkara dan menerimanya sebagai suatu yang nyata. “obviously”. Goreng bermula bulan pertama di Tingkat 48. Di tingkat ini, dia masih boleh makan sisa makanan yang ada. Goreng bermula dengan prinsip hidup yang sangat kuat dan ideal. Soalan yang banyak ditanya kepada Trimagasi dan soalan pertama yang trimagasi tanya pada dia adalah ; Adakah kau seorang Komunis? Haha obviously. Apabila di pindahkan ke tingkat yang lebih bawah. Bermula lah cabarannya. Kaedah Machiavellism terpakai dalam hal ini. Apabila matlamat menghalalkan cara. Trimagasi cuba justify tingkah laku nya. Tapi tetap. Yang hitam tak boleh diputihkan. Goreng pun sama.
4. The Wiser (Yang ‘Alim)
Ketika perjalanan berjuang dilandasan idea. Goreng dan Bhaharat berjumpa dengan The Wiser. Aku tafsirkan the wiser ni macam ulama’ lah. Antara hikmah yang cuba disampaikan. Manner maketh man. Hormati makanan. Cuba dulu ajak berbincang. Kalau tak boleh. Baru lawan. Dan dia juga lah yang bagi idea. Supaya dihantarkan pesanan. Mesej kepada mereka yang menjaga di tingkat 0. Pada pendapat dia pentadbiran has no conscience. Tiada kesedaran, tiada rasa bersalah dan Ego. Mesej ini mestilah symbol yang mencabar keegoaan kerajaan.
5. Pengorbanan
Permulaan dari cerita ini. Pencerita ada menyebut. Dalam dunia ini Cuma ada tiga jenis orang. Yang diatas. Yang dibawah. Dan yang berkorban. Goreng pilih yang ketiga untuk memperbetulkan sistem yang korup. Dan akhirnya dia korbankan diri nya kerana dia merasakan diri dia telah pun terkorup daripada sistem yang ada.
6. Mesej
Mesej dalam cerita ini merupakan ending yang buat semua terbuka membuat sebarang tafsiran. Open book discussion. Ada yang kata, budak tu adalah messiah, yang telah dijanjikan untuk dihantar ke dunia. Untuk hari kiamat. Macam potong steam je kan. Jadi Aku punya pendapat. Supaya kita ada sebab untuk terus bermanfaat. Aku tafsirkan, budak tu boleh dikatakan tidak terkorup dengan sistem yang ada, merupakan seorang mangsa kepada sistem dan juga dihantar ke atas sebagai simbol perubahan. Dengan satu harapan, Supaya manusia berubah.
Aku teringat satu kata-kata dari pensyarah :
“Spend time with your kid, for your kid, you can’t change the world, but they will”

Wednesday, March 13, 2013

360 Darjah

Setahun memegang jawatan presiden tentu banyak cabaran dan pengalaman, sumbangan saya tidak seberapa, kelemahan pasti dimana-mana, saya insan biasa sedang belajar, kata rakan saya, kalau kita berhenti belajar, bermakna kita berhenti memimpin,

tetapi saya ingin kongsikan satu insiden menarik untuk dibaca rakan-rakan seperjuangan, awal mula pengangkatan saya selaku presiden, kami melalui system demokrasi yang telus dan bersih, (tiada yang ingin kotorkan). Ketika itu, kerusi presiden ada dua orang calon, saya dan sahabat saya. Kami bertanding secara sihat, puji memuji dan nasihat menasihati, saya dengan manifesto saya dia dengan manifesto dia, kami berucap memancing undi.

Saya kemudian menang tipis menjadi presiden dan sahabat saya kemudian menjadi salah seorang exco di dalam persatuan. Uniknya, dari presiden kepada exco, tiada satu pun menjadi kerisauan dia, apatah lagi dengki dan iri hati, saya tahu itu hal dalaman tidak boleh dibaca, tapi itulah sahabat saya. Letaklah dia dimana. Pasti akan lakukan yang terbaik untuk persatuan.

Ada nilai hebat yang kita perlu pelajari dan kongsikan di sini, kita mungkin rasa tinggi memegang jawatan tinggi, apakah kita akan rasa rendah bila memegang jawatan yang rendah atau memandang rendah padanya?

*nasihati saya

Wednesday, October 10, 2012

Fenomena "LIKE" di facebook.


Selalunya, ada orang yang suka bercakap besar, berbangga dengan kelebihan yang dia ada, berbangga dengan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah; selalu kan kita dengar, “kan aku dah cakap, kalau tak kerana aku, takkan boleh setel benda ni,” ada juga orang yang berbangga dengan tubuh yang cantik, wajah yang handsome. Berbangga seperti itu namanya “riak”. Orang tahu, orang nampak, orang dengar. riak ini cepat menempa umpatan dari manusia. sebelum dikeji makhluk dilangit. kita minta jauh. amin. 


Keduanya, dipanggil “ujub”. Ujub ini datang bila seseorang itu dipuji. “wah hebatlah kau bagi ucapan tadi,” kita rasa bangga dalam hati, kita mula berbuat kebaikan untuk dilihat orang akan kebaikan kita, kita mendirikan solat, ketika orang ramai di masjid, supaya kita dilihat sebagai abid(ahli ibadah) , Disinilah melandanya fenomena “LIKE” di facebook. Bila kita upload status yang baik, mengajak orang membuat kebaikan, berpesan-pesan dengan kebenaran. Kita dapat banyak “like” kemudian situlah timbul rasa ‘ujub’ ini. Dalam hati kita rasa. “Eh bagus juga tulisan status aku, ramai yang ‘like’ ni. Bahaya ujub ini ialah,. Ianya akan memadamkan pahala kebaikan-kebaikan yang kita buat. Kosong…kosong…. Kerana niatnya itu bukan kerana ingin berpesan kerana Allah tapi kerana ingin banyaknya like dari kawan-kawan. Tak siapa tahu kita berbangga tapi Allah tahu, hambanya sedang memalingkan “LIKE” dari Aku dan mendambakan “LIKE” dari manusia.

Masih belum habis lagi, ada satu lagi level yang ketiga, selepas ujub. Ini yang paling bahaya, ada orang berbuat kebaikan secara sembunyi, tidak dilihat orang, kawan-kawan. Kemudian timbulnya "Sumaah". dalam hati berbisik“Oh Alangkah baiknya, jika ada orang yang tahu kebaikan yang aku lakukan, dan sampaikan kepada orang lain”. Checkmate!!!.

Ubat bagi penyakit hati riak, ujub dan sumaah adalah ikhlas. Ada kisah dalam hadis yang panjang. Kisah Muadz dengan Rasullullah, berkenaan penyakit-penyakit hati sehingga sahabat Nabi Muhammad saw menangis teresak-esak kerana takut jika penyakit itu hinggap dihatinya. Itu sahabat, kita apatah lagi.Allahuakbar, jauh bagai langit dan bumi, Jika malaikat mengangkat amalan-amalan kita. Belum kelangit pertama, bumbung rumah kita pun tak lepas.

Tapi jangan jadi manusia hati tikus.!! Eh tak nak buatlah kalau macam tu. Takut berbuat kebaikan kerana takut dapat penyakit hati, takut jadi pemimpin, takut jadi imam. Sedangkan kebaikan itu perlu dilakukan secara berterusan, (istiqamah) dan bersungguh-sungguh (Itqan), bukankah berpesan-pesan dengan kebenaran itu kewajiban. Bangun menentang penindasan, kezaliman itu wajib. Kita betulkan niat, dan saling ingat memperingatkan satu sama lain, buat semuanya kerana LIKE dari Allah. 

Senyum.

Sunday, October 7, 2012

KECURIAN!!!

Seperti lazim saya akan siapkan kelengkapan training didalam dewan, itu hal biasa, kami perlukan 1jam untuk siapkan segala kelengkapa audio visual kit untuk program. Program pun Alhamdulillah bermula dengan amat baik sekali, ketika kami makan tengahari pada senggat masa 1 hingga pukul 2 petang, senggat waktu yang sangat singkat, jadi kebiasaannya tak perlu lah kunci pintu dewan. Kemudian bila kami masuk untuk sesi seterusnya, seorang peserta bertanya tentang ipad2 miliknya yang diletakkan diatas meja. Ah sudah, question mark??? Siapa pula yang ambil.

Siasat punya siasat Cuma ada 1 orang je pekerja yang hantar air sebanyak 2 kali, 2 kotak, sedang 1 kotak dah cukup kerana peserta tak ramai. Pekerja itu jugalah yang kunci pintu kami bila waktu tengahari sedangkan tak disuruh.hmm.. tetiba saya jadi detektif Conan menyiasat time frame dari pagi hingga tengahari. Menyusun beberapa suspek, menyediakan beberapa kemungkinan dan alibi setiap suspek. Bak kata Conan, “there’s only ONE Truth!”

Saya agak bimbang, sebab bila kehilangan sesuatu yang berharga, tentu peserta tak boleh mengikuti training dengan sebaiknya. Tambah lagi sebahagian dari peserta dah tahu tentang kecurian. Tapi ini yang unik dengan peserta kali ini. Mereka sangat COOL !!! kesemua peserta telah terkeluar dari senarai suspek. Sebab background mereka yang cool, ada diantara mereka punyai title Dr, Ir, Dato Seri,..ada yang punya harta, punya kilang, punya korporat dll. Mereka ini datang sebagai jawatankuasa Masjid, sebahagian berkhidmat secara percuma. Malah tambah lagi peruntukan Masjid. 

Kenapa saya kata mereka COOL, sebab peserta yang hilang ipad2 tu relax je, and enjoy our training, boleh gelak2 macam takda apa yang berlaku,  mungkin sebab bagi dia ipad2 tu macam buku nota.. baguslah,..(lega rasa sebab emosi peserta tak terganggu dan menerima mesej dalam training). Satu lagi cool ialah ketika domestic inquiry yang dijalankan oleh intekma resort. Peserta tu tersangatlah professional dan ada agama. Sebab saya lihat kes ini dihandle dengan sangat tenang, dia pun x menuduh, tapi memberikan ketegasan beban dan tanggungjawab kepada pihak intekma resort. Ada agama, kerana dia yakin sesuatu yang berlaku itu ada hikmah dan pengajaran.  

Akhirnya, setelah digeledah satu intekma, pihak penyiasat intekma pun geledah dewan kami, dan jumpa ipad2 diatas corong air-cond di bilik teknikal. Kami pun tak tahu pintu itu boleh dibuka. pekerja itu tetap tak mengaku, dan tak tahulah apa tindakan dari pihak intekma resort. kes ini mungkin memberi kesan kepada imej. Walaupun hanya curi ipad2. Pihak intekma terpaksa makan kos kepercayaan dari customer, kos keselamatan dsb. Hanya kerana pekerjanya hilang sifat jujur.

Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari, Of Course Do Not Steel!!, ever! , but most things we learned is BELIEVE!!..percaya pada setiap yang berlaku. Percaya pada Qada’ dan Qadar Allah. 

Senyum.  

Thursday, October 4, 2012

Status HAMBA.



Ketika akhir tahun 2009, saya mengalami satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan, saya berjaya menjawab pertanyaan khusus yang selama ini saya tahu jawapannya. Walaubagaimanapun jawapan itu perlu dipegang sehingga saya mati.

 Waktu itu, kami didudukkan secara berpasangan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Tapi dia menjawab setiap jawapan dari saya.  Soalannya itu sebegitu mudah, SIAPA KAMU? 

Jawapan pertama saya, saya Muhammad Nabil Norhalim.
Dia : Itu nama kamu, kawan-kawan, keluarga boleh panggil dan boleh tukarkan nama itu.
Jawapan kedua saya, saya anak kepada Norhalim (Abah) dan Kamariah (ummi)
Dia : Tidak selamanya kamu jadi anak, kelak kamu akan menjadi suami dan ayah.
Jawapan ketiga saya, saya seorang pelajar di UDM (ketika itu)
Dia : Tidak selamanya kamu bergelar pelajar, kamu akan berkerja dan digelar pekerja.
Saya menjadi buntu dan persoalan mula muncul dalam benak fikiran. Siapakah aku, jika gelaran aku bukan diriku, jadi siapa sebenarnya aku.?

Dia lantas memeluk aku dan membisik di telinga aku dengan jawapan yang sebenar-benar jawapan. “Sahabat, Kita adalah hamba, sejak lahir sehingga mati. Istighfar sahabatku, apakah pada jawapunmu tiada satu kau berbalikkan hati dan fikir kepada Tuhanmu, sedang Dia yang menciptakanmu, sedang Dia yang membenarkan kau berpijak di bumi milikNya”

Ya, itu menjawab semuanya. Aku agak lewat menetap sikap dan berpakaian dengan status ini, status hamba buatku merasa bangga kerana kita bukan lagi hamba keduniaan, kita tidak lagi hamba kepada sesiapapun, hanya saja kepada Allah swt tuhanku. 

Status Hamba telah ada pada setiap manusia, namun manusia lupa dan mengaku diri mereka tuan, lebih malang lagi yang mengaku diri mereka tuhan. Peringatan demi peringatan, pesan demi pesan perlu kita sampaikan dengan ucapan “mari menjadi hamba”.. @Langit Ilahi. 

Bukankah dahulu kita pernah memeterai perjanjian kontrak hidup denganNya.

Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)

أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ

BUKANKAH AKU TUHANMU? BAHKAN ENGKAULAH TUHANKU!




Menjadi hamba punya tugas dan peranannya, kita perlu menunaikan kewajipan rukun islam yang lima (5), dan berprinsip dengan rukun iman yang enam (6), dan menjaga hati yang satu dengan ihsan (1). 165. Kerana itu no plat kereta saya BLP 165. Hehe. Semoga kita semua menjadi hamba, dan marilah berpesan-pesan agar kita semua diredhai Allah. 

salam, senyum, sahabat.